"Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya semua amal itu harus dengan niat, dan setiap orang mendapat balasan sesuai dengan apa yang diniatkan." ( H.R Bukhary dan Muslim). aku terbaca rukun puasa dalam berita harian..tetibe aku terfikir pasal hadis Rasulullah yang turut diselitkan dalam artikel tersebut bagi menekankan bahwa setiap amalan yang kita lakukan harus disertai dengan niat..sebelum nie aku pernah dengar mak aku pesan kat bapa saudara dan nenek aku..setiap amalan kena lakukan dengan dengan niat.kalau tidak semua yang kita lakukan tu semua sia2..aku banyak kali lupa nak niat nie..hmm, agaknya adakah amalan aku tidak diterima..kalau difikirkan kemungkinan besar laa..
tapi dosa dan pahala semua terletak pada Yang Maha Esa..pernah juga aku terdengar orang cakap kalau kita lakukan sesuatu perkara semata2 ingin mendapat ganjaran, maka sia2 lah amalan kita.pahala yang ditawarkan olehNya adalah sebagai galakan kepada kita untuk membuat kebaikan dan beribadat kepadaNya..sebaliknya kita seharusnya hendaklah berniat melakukan sesuatu perkara tue semata kerana Allah..aku kurang pasti tentang nie..kalau sesiapa ade dalil atau hadis yang boleh membantu aku menguatkan perbahasan nie alangkah lebih bagus..wallALLAHua'lam..sesungguhnya Allah lebih mengetahui...
mengikut hadis diatas, marilah sama2 kita cuba memperbaiki amalan kita dengan disertai dengan niat agar setiap perkara dan amalan yang dilakukan mendapat rahmat dan keberkatan dariNya ..insyaALLAH..klik here for more info about Ramadhan..from berita harian