salam ramadhan..
hari yang penuh barakah ini ditambah dengan penghulu segala hari, Jumaat bersamaan 13 Ramadhan..aku pilu bila teringat kembali zaman persekolahan aku..bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat istimewa..banyak program yang telah diatur oleh pihak sekolah..aku sangat enjoy menyertai setiap aktiviti yang dijalankan baik ceramah agama, taklim, usrah,majlis berbuka puasa bersama dan tilawah al-quran...banyak sekali program yang memberi manfaat kepada semua..kini, aku sendiri disini menghabiskan sisa2 Ramadhan dengan aktiviti yang aku isi sendiri..huu~rindunya pada zaman itu..disamping dapat menambahkan ilmu, kami juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim..
itu masa lampau, sekarang aku disini..sendiri mencari halatuju yang unexpected..aku mesti mencari sendiri makanan untuk rohani aku..sebentar tadik, aku ditegur seorang teman lama..roomate aku dahulu..dia menanyakan aku adakah aku sudah berubah??lidahku kelu untuk menjawab soalan yang amat sukar bagiku..dia meluahkan isi hatinya yang beberapa rakan kami dahulu telah berubah..barubah macamna??hmm mungkin aku boleh tangkap apa yang mau diungkapkannya..aku tidak bertanya lebih..mungkin dari sudut keagamaan tingkah laku dan penampilan..aku sendiri sudah banyak berubah..dari sudut penampilan..memang dia akan terkejut..aku yang dahulu bertudung litup labuh, sekarang tidak lagi...tapi alhamdulillah masih bertudung..yaAllah adakah kau murka diatas perubahanku ini, maka Kau beriku banyak dugaan dan ujian???dari sudut ilmu agama, yaAllah aku tidak banyak menuntut ilmu agama disini kalau dibandingkan dahulu..sesungguhnya, aku sangat rindukan zaman sekolah dahulu..
mungkin silap aku jugak..aku tidak sepatutnya menyalahkan masa dan peristiwa yang telah terjadi kat diriku..aku sepatutnya sentiasa bersyukur kepadaNya kerana masih diberi petunjuk olehnya walaupun aku banyak membuat kesalahan...sesungguhnya manusia itu tidak lari dari kesilapan.apa yang perlu aku lakukan sekarang adalah menginsafi kesalahan2 itu dan bermuhasabah diri..yaAllah berikanku kekuatan untuk aku mencari jalan penyelesaian diatas dosa-dosaku yang telah lalu...beriku kesempatan untuk bertaubat dan kembali ke jalanMu..aku tidak perlu lagi cemburu pada mereka yang berada di zon selamat...aku pon mesti dapat lakukannya walaupun aku jauh dari mereka..Alhamdulillah, aku bersyukur masih ditempatkan dinegara islam..dan persekitaranku masih kedengaran suara2 azan yang berkumandang lantang..aku masih berada dilingkungan yang Allah berkati..apa yang perlu aku lakukan adalah berusaha ..jangan cepat putus asa dari rahmatNya...yaAllah kuatkan aku...