apabila anda menonton filem atau drama Melayu, apa anda akan prediksikan jalan cerita yang pasti akan disampaikan??pasti semua orang akan punya pendapat berbeza. bagi penggemar cerita2 tersebut pasti sudah dapat menebak/meneka jalan cerita sesebuah drama. bagi aku, drama Melayu terlalu banyak mendera psikologi seseorang terutama wanita..walaupun dalam kehidupan realiti memang perkara tersebut benar2 terjadi tapi perasaan orang yang menghadapi itu tidaklah apa yang dilakonkan.. aku juga tidak kurang menjadi salah seorang antara mereka yang menjiwai setiap lakonan yang dipertontonkan..menjiwai la sangat!.hee~aku malu sendiri.
to da point saja, kenapa perempuan suka menangis ya??hmm aku pun kurang pasti.aku sebagai perempuan sudah pasti memang sangat kerap menangis apabila terjadi kejadian yang kurang menyenangkan. walaubagaimanapun, tidak kurang hebatnya, bila menonton filem/ drama yang menyanyat hati.kadang-kadang, aku merasa sangat letih untuk menangis lagi..tapi, memang fitrah seorang wanita agaknya memang sangat mudah menangis..agaknya apa pendapat kaum adam? mungkin pada pandangan mereka melihat wanita menangis adalah perkara biasa. mereka pun mungkin sudah lali(menjadi kebiasaan) melihat kita sering menangis.ish, tak patut..at least pujuk la skett..haha..hmm, hanya pendapat peribadi.kurang pasti apa yang kaum adam nie fikirkan sebenar2nyaa..mungkin pendapat atau feed back yang berlainan yang pasti didapatkan. kena tanya sendiri dari kaum adam nih. hee
kadang2 airmata memberi kita seribu keinsafan yang menyerap masuk ke sanubari..aku tdak pernah menyesal menjadi seorang yang lembut hati.biarlah orang lihat pada pandangan mereka perempuan suka menangis..alangkah bagusnya sekiranya kita tangisi kesalahan2 dan dosa2 yang telah kita lakukan. namun, jauh dari sudut hati, aku berazam untuk menjadi lebih tegar dan kuat menghadapi cubaan hidup. sekian dulu, semoga diberi kekuatan untuk menjadi yang terbaik.