manusia tidak pernah terlepas dari ujian hidup..bahkan setiap saat pun kita sebenarnya sedang diuji..sama ada kita sedar atau tidak, itu tergantung pada empunya diri..apa itu sebenarnya ujian??pada aku ujian itu mengajar kita erti sebuah kehidupan..tanpa ujian hidup tidak sempurna..kerana dengan ujian itulah kita akan diuji kesabaran, keimanan, ketaqwaan kita dan banyak lagi..apa pendapat anda??
kata orang hidup nie kalau tak pernah diuji, maknanya Allah x sayang kat kita..kerana dengan ujian itulah Allah akan menilai kita sejauh mana ketaqwaan kita kepadaNya..tanpa diuji hidup nie kosong..sebab kita tidak dapat membandingkan apa itu kekecewaan, kesedihan, dan erti sebenar kegembiraan..sebagai contoh yang simple kalau anda merasakan anda sekarang tidak diuji..anda sedang menghadap lattop, kemudian pada masa yang sama azan berkumandang menyeru untuk segera menunaikan solat..anda merasa sangat malas untuk bangun terus bersolat sebaliknya anda tetap berada disini menyiapkan apa yang anda sedang lakukan..ini pun dikira Ujian..penilaian sebenar kita pada masa itu ada pada pencatat amalan kita kanan dan kiri kita yaitu Malaikat.
aku menyeru diriku sendiri dan rakan2, marilah sama2 kita memperbaiki amalan harian kita walaupun ianya simple tapi apabila melakukan berulang kali mungkin dapat menggelapkan hati kita dari mendapat petunjuk dan rahmat darinya..pada bulan yang mulia ini kita perbaiki ibadat dan banyakkan masa untuk bertemu dengan Allah..kuatkan iman !!