Saturday, January 9, 2010

ak kah?

hari nie tengah sibuk2 nak salin note dalam buku, tetibe plak terjumpa doa2 dan luahan perasaan ak kat dalm buku-buku nota tu. hurm, bila terbaca balik, fikir skjap ak ke nie?tapi apa yang penting setiap ada cara masing2 untuk meningkatkan motivasi diri. semoga semuanya dapat tersimpan disini dan memotivasikan ak dan kita semua, inshaallah.

luahan hati yang tak seberapa sedap.
satu: wahai diriku, maaf kupohon kerana banyak menyusahkan kamu. aku taw kamu inginkan keselesaan, kedamaian, ketenangan dan kegembiraan. bersabarlah dahulu, berjuang bersamaku sama ada duka maupun suka. aku yang putuskan setiap keputusan, dan setiap keputusan yang itu pasti untuk kebaikan kita. mari kita sama-sama berjuang.bukan niatku untuk menyakitimu. belajar itu suatu kewajipan dan usaha itu kunci sebuah kejayaan. mungkin kita perlu bersusah sekarang.nanti suatu masa, kita akan raikan bersama2 yaitu sebuah kejayaan. jangan dirimu bersedih lagi.ingatlah kamu bukan seorang. aku sentiasa disampingmu dan tuhan sentiasa melimpahkan rahmatnya kepda kita. selamat berjuang!