assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah sampai hari ini masih sempat untuk menulis blog nie.walaupun rasanya dah berhabuk agaknya blog saya kerana sangat lama tak masukkan entri-entri baru.hehe
silap saya jugak kerana lama tidak mengupdate. hari ini nak berkongsi tentang satu perkara menarik. kata-kata ini..
IMAN
dengan keimanan,
membuatkan manusia mampu menjaga dirinya.
walau dia berseorangan,
mampu bersikap amanah walau tiada yang mengetahui
mampu mempertingkatkan diri walau payah,
mampu memperhebatkan amal
walau tiada manusia yang menilai.
daripada kata-kata ini saya dapat banyak motivasi.
ya, dengan iman manusia dijaga dalam semua aspek samaada dalam hubungan, ujian, cabaran dan amalan seharian kita. sesungguhnya kita sentiasa akan diuji walau setiap detik sekalipun. bahkan tanpa kita sedari. so, kepada semua jom kita perbaiki amaln kita, waspada dengan setiap ujian, dan bangkitlah untuk berhadapan dengan ujian tersebut dengan hati yang lapang. semoga kita dapat mencari mutiara paling berharga yaitu mendapat REDHA ALLAH.
wassalam...