in da name of ALLAH
assalamualaikum, Hari ini masuk hari kedua setelah berita tergempar berkenaan serangan ke atas kumpulan sukarelawan yang telah diserang bagi menghantar bantuan ke atas rakyat Palestin. Makin hangat dan banyak laporan-laporan yang menunjukkan kemarahan seluruh dunia terhadap kes tersebut. Sesungguhnya pihak yang benar akan sentiasa dilindungi Allah. Biar satu dunia tahu dan lebih perihatin terhadap saudara kita ini. Huhu, semoga mereka tetap tabah dan cekal dalam menghadapi ujian dunia. Ganjaran untuk mereka insyaalah menanti di akhirat sana. Saya berusaha untuk memahami situasi tersebut dengan membaca artikel-artikel berkenaan Palestin. Semangat untuk mengikuti setiap perkembangan dari Palestin semakin menarik minat dan tak boleh lepas pandang lagi. Ayuh sama-sama kita memberi perhatian kepada mereka. Mereka bukan siapa-siapa. Saudara seislam kita juga.
Ok, kembali ke topik asal. Ya berkenaan pengurusan stress. Setiap orang mempunyai stressor yang berbeza-beza. Namun, jika pada saat yang sama, kita mempunyai stressor yang sama contohnya menghadapi peperiksaan, tapi ketahanan setiap individu terhadap stressor itu tetap berlainan. So, sekarang persoalannya bagaimana untuk menghadapi stress? Pengurusan stress sangat penting kerana dengan penanganan stress yang baik, kita mampu melakukan setiap kerja atau tugasan dengan lebih optimal dan efisien. Oleh yang demikian, jangan pandang remeh padanya. Alhamdulillah, setelah dua hari saya berfikir, hari ini Tuhan tunjukkan saya caranya. Habis belajar ilmu kesehatan jiwa/ psychiatric tadi, ada sesuatu yang saya belajar. cara mengurangkan stress dengan relaksasi / mindfullness. Dibawah ini adalah cara yang dilakukan:
1) Pejamkan mata, tarik nafas dalam dari hidung cepat kemudian hembus dari mulut dengan perlahan. Lakukanlah 3-5 kali
2) Jadikanlah suara-suara dilingkungan anda tidak mengganggu
3) Bayangkan anda berada diatas sebuah gedung/ bangunan tinggi dan sedang berada diatas escalator untuk turun ke bawah.
4) Kemudian bayangkan pula anda berada di kawasan tenang seperti pantai/ gunung. Anda berada disana sambil mengatakan pada diri anda, saya relaks.
Sebenarnya saya lakukan tadi. Pendapat saya mungkin dapat tenangkan fikiran seketika. Tapi kalau sentiasa dilatih, insyaallah dapat memberi kesan yang baik. Fikiran saya ni rupanya sentiasa berfikir. hurm, baru tahu. Saya rasa anda akan mengalami hal yang sama. Cubalah! susah betul untuk menenangkan fikiran betul-betul kosong. Hehe.
Note: Semalam saya masuk wordpress. Ada janji yang perlu saya kotakan. Tapi susah bila tak biasa. Semoga hari ini menjadi lebih baik. Insyaallah, saya nak penuhi website tersebut dengan isu semasa. Perlukan management masa yang lebih baik. Sarah, berusahalah! Selamat malam semua.