Friday, July 2, 2010

wahai pemimpin


in da name of ALLAH

assalamualaikum, 2 hari tanpa lattop. Terasa seperti 'katak di bawah tempurung' hehe. Yup, banyak manfaat yang kita peroleh dengan adanya lattop, tapi kadang-kadang kita lupakan itu. Manusia tidak pernah bersyukur apabila telah terlalu banyak nikmat yang diperoleh. Saya akui itu. Saya juga manusia biasa.

Bukan untuk menunjukkan sesiapa melainkan diri juga pertama sekali yang ingin diingatkan. Ya ALLAH, guide our way. Setiap daripada kita adalah pemimpin bukan? Ya, tentu sekali pemimpin diri sendiri dahulu barulah memimpin orang lain. Namun begitu apa yang kita sering tunjuk dan kita lihat adalah mereka yang memimpin sekelompok manusia. Bukan suatu tanggungjawab yang mudah dalam kepimpinan. Selain kita berdepan dengan pelbagai ragam orang, kita juga dinilai oleh setiap dari ahlinya. Disini bukan untuk menceritakan soal kepimpinan melainkan apa yang kita sering lupa dalam memimpin. Semoga kita selalu ingat dan perhatikan.

1. Bila Kita Diatas
Tidak mudah bagi seorang pemimpin untuk mendengarkan nasihat daripada orang lain, lebih -lebih lagi orang yang lebih bawah daripadanya. Fenomena ini sering terjadi. Jangan pernah menafikan ini. Ia adalah realiti. Saya pernah terbaca suatu kisah berkenaan kepimpinan. Saya tertarik apabila kisah itu menceritakan apabila seorang pemimpin yang baik itu adalah mereka yang sanggup mendengar nasihat orang bawahannya. Pemimpin yang tidak pilih bulu, mengambil kira semua pendapat, tidak berat sebelah dan adil dengan semua orang.

2. Mengejar Nama
Setiap dari kita pasti mempunyai sifat kurang baik. Antaranya kita tamak. Apabila sudah menjadi pemimpin, ia bukanlah suatu pencapaian tertinggi namun suatu permulaan untk mencipta nama lebih tinggi. Banyak dugaan dalam memimpin kan?
Namun, apapun yang terjadi rendahkanlah hatimu. Kamu bukan sesiapa tanpa Dia. Jangan angkuh dan sombong kerana itu adalah salah satu saham yang akan kamu bawa ke akhirat kelak. Berhati-hati dalam mengawal nafsu dan godaan syaitan. Mereka tak pernah lelah.

3. Fikirkan setiap Tindakan
please, please, please. Keep remind this! Dalam kepimpinan kita tidak akan pernah terlepas dalam membuat keputusan. setiap keputusan yang diambil pastikan ianya betul-betul terbaik. saya akui, bukan mudah untuk menjaga hati semua pihak. Kadangkala kita terpaksa melukakan hati sebelah pihak dalam memutuskan suatu keputusan sukar. Tapi, pastikan alasan setiap keputusan yang dilakukan benar-benar kukuh. InsyaAllah semua pihak dapat menerima dengan hati terbuka.

4. Ikhlaskan Diri
Setiap orang pasti akan berpuas hati dalam setiap tindakan kita terutamanya apabila kita telah menolong, mengambil berat dan mengambil tindakan pantas dalam setiap masalah yang berlaku dalam organisasi. Tapi, kita sering lupakan ini 'adakah kita benar-benar ikhlas?' wahai pemimpin, jangan terlalu mengejar pangkat dan nama. Tanpa keikhlasan dalam setiap pekerjaan yang anda lakukan, sia-sia semuanya. Pasti kepuasan tidak pernah anda peroleh sebaliknya ketagihan untuk terus berusaha ke peringkat lebih tinggi.

Banyak lagi perkara yang perlu diperhatikan apabila bercakap soal kepimpinan. Bagi yang sedang memimpin, jadilah pemimpin yang terbaik. Tak kisah siapa pimpinan anda malah untuk diri sendiri. Jangan pernah menganiaya pimpinan anda, kerana doa orang teraniaya itu mudah termakbul. Semoga kita semua dapat menjadi Pemimpin yang baik, InsyaAllah.