
in d name of ALLAH, Assalamualaikum.
Alhamdulillah, kini saya telah sampai di rumah. Perubahan banyak berlaku disini, dan saya rasa itu memang sepatutnya terjadi. Kita sebagau manusia juga perlu berubah. Tapi, pastinya ke arah yang lebih baik. Manusia juga mudah berubah kan? Hati-hati manusia itu tidak sesiapa yang lebih layak dimiliki melainkan pencipta kita. Dia Maha segala-galanya.
Bila bangun awal pagi, saya rasa seolah-olah masih berada pada masa lampau. Dulu, saya akan bangun awal pagi untuk ke sekolah. ya, memori itu masih jelas dalam kepala. Bila terfikir kembali, saya waktu itu sangatlah kecil. Saya tidak pernah memikirkan apa yang berlaku di hari ke hadapan melainkan hanya mengikut zaman semasa. Saya rasa kalau saya berfikir terlalu jauh, mesti sangat lama rasanya saya harus berjuang. Itu membuatkan saya akan lebih tertekan. Puji syukur pada Tuhan kerana memberi peluang saya pada hari ini. Masa zaman sekolah, saya bangun awal pagi. Saya akan mengayuh basikal untuk ke sekolah. Itulah antara disiplin pertama yang ummi ajarkan kepada kami adik beradik. Saya memang tak suka bangun awal pagi sebenarnya, huhu. Bila sudah besar, saya rasa itu suatu perkara yang sangat bermakna dan bermanfaat sebenarnya. Tapi sampai sekarang mengantuk merupakan bahagian utama dalam hidup saya. Entahlah sampai bila rasa mengantuk ini akan hilang, hehe. Tapi sekarang saya sudah belajar bangun awal taw. Even, setelah itu, mungkin saya akan mengambil sedikit waktu untuk tidur waktu siang. not bad la kan.
Bila difikirkan banyaknya memori zaman sekolah terutamanya sekolah rendah. Kawan-kawan yang ramai, guru-guru sekolah yang baik dan pengalaman-pengalaman lain yang tidak dapat dilupakan. Apabila masuk ke sekolah menengah, sudah tiada lagi masa bersuka ria melainkan perlu menumpukan perhatian sepenhnya kepada pelajaran. Disini, peribadi saya terbentuk, mungkin. Oleh kerana saya bukanlah daripada kalangan orang-orang yang berada, saya perlu berusaha menaikkan taraf hidup keluarga dengan mendapatkan keputusan yang baik seterusnya mendapatkan pekerjaan yang baik. Saya menjadi seorang yang pendiam, rajin dan kuat study. Memang saya seorang yang pentingkan diri la waktu itu. Tak menghiraukan orang-orang sekeliling sangat melainkan melakukan hal sendiri. Sekarang, saya sedar itu bukanlah segala-galanya. Kita perlukan kawan-kwan yang akan membantu/ membimbing kita untuk memperoleh kajayaan bersama. Yep, itu akan sangat lebih manis berbanding mendapat kejayaan sendiri-sendiri.
Kawan-kawan saya sejak sekolah rendah-menengah sangatlah ramai. tak terhitung tapi yang betul-betul dekat dihati hanyalah beberapa. Bila bercakap pasal kawan, saya selalu ingat pesan ummi suatu ketika dahulu, kalau berkawan jangan sampai terlalu over. Nanti kita yang akan binasa. Pada mulanya saya bingung juga memikirkan hal ni, tapi lama-kelamaan saya faham apa yang ingin disampaikan. Saya kalau berkawan sampai taknak balik umah, nak tidur sekali dengan kawan saya tu. kadang-kadang sampai ummi panggil balik umah pon tak mahu. Ya, saya sangat setialah boleh cakap. Haha, terasa sangat poyos. Sebenarnya, saya sangat menghargai seorang kawan. Tapi dengan nasihat yang berharga tersebut saya tahu, tidak semua kawan kita akan memberikan feedback yang sama kepada kita. Berkawanlah berpada-pada. Saya teringat kata-kata guru saya waktu di matriks. Kalau ada orang disayangi sekalipun, jangan terlalu menyanyanginya sebaliknya sayangilah dia secukupnya. Pendek kata, jangan melampau atau berlebih-lebihan dalam setia perkara. Itu semua adalah pinjaman semata-mata. Tinggal mau menghargai ataupun tidak, terserah..Hidup bersederhana:)