Wednesday, November 17, 2010

Biarkan hati ini berbicara

Assalamualaikum.
Salam aidiladha semua. Oleh sebab dah ramai yang post kat FB, saya hanya mampu mengucapkannya melalui blog. Hari ini hari penuh makna, penuh berert bagi insan yang benar-benar memahami. Ya Allah, berikanlah aku kefahaman sebenar setiap peristiwa yang kami alami. Supaya dapat kami menjadi hamba selalu mengucapkan syukur dan berzikir padamu. Aku tahu ya Allah, disebalik peristiwa pengorbanan Nabi Ismail itu Kau selitkan pelbagai hikmah dan pedoman. Mungkin aku sahaja yang tidak menghayati tiap pengorbanan itu. Ampunkanlah aku.

Kadang diri ini terasa lemah tidak berdaya. Kurasa dunia menindasku. Jadikanlah dunia itu bukan matlamatku bukan tempat untuk aku sanjung. jadikanlah diriku seorang yang kuat dalam menghadapi setiap dugaanmu. Kuatkanlah aku dalam setiap tindakan. Teguhkanlah iman dalam hatiku.