Monday, November 8, 2010

ya Allah...

Apabila saya rasa sedih, duka, putus asa dan tidak ada siapa lagi yang boleh saya bergantung harap, saya memanggil Dia. Ya, Dia pemilik alam semesta. Pencipta semua makhluk. Dialah Rabb dan Penguasa seluruh alam ini. Tapi saya sedar saya silap satu perkara, saya sandarkan diri ini pada-Nya hanya apabila saya susah. ya Rabb, maafkanlah hambamu ini. Zalimnya aku, kerana menjadikan pertolongan-Nya adalah permintaan terakhir yang akan saya pinta. Bukankah Dia yang menciptakan segala? Egois sungguh diri ini.

ya Allah,
Namamu sentiasa ku sebut-sebut apabila kesusahan datang menimpa. Waktu senang, jarang sekali. Ya, sudah tentu saya tidak meninggalkan solat, tapi apakah ianya khusyuk dan betul-betul sedar saya sekarang sedang mengadap Tuhan? Saya rasa masih cukup jauh. Kalau dihitung-hitungkan banyak kesalahan dan kelekaan yang telah saya lakukan, tapi Tuhan Maha Pengasih tetap juga mneyayangi diri ini. Dia menunjukkan kasih sayangnya melalui orang-orang disekeliling saya.

ya Allah,
Kadang diri ini jatuh, tersungkur dek banyaknya dugaan dan ujian. Sampai saya terfikir untuk tutup saja mata untuk selama-lamanya. Tapi, tidak! Islam itu indah dan tidak mengajarkan penganutnya untuk mudah menyerah kalah. Sebab saya tahu dan yakin, saya ada Allah. Dia Maha Mendengar setiap rintihan dan pengaduan.

ya Allah,
Kadang diri ini sangat jahat. Memikirkan keburukan orang lain, sedangkan diri ini masih terlalu jauh dari sempurna. Saya pernah dengki, hipokrit, dan fikiran negatif lainnya. Apakah saya layak untuk menentukan apa yang akan berlaku pada masa depan? Tidak, sesungguhnya Tuhan lebih berhak. Ya Allah, saya tidak tahu apa yang berlaku pada masa hadapan. Destinasi yang akan saya jejaki nanti masih kabur.

Sebutlah namanya, kenalilah Dia Tuhan Pencipta kita semua. Dia sudah banyak kali bersabar terhadap kita semua, layakkah kita untuk mendapat syurga Nya dengan sikap putus asa? Tentu tidak, bersama berusaha menjadi hamba yang disayangi Allah.