Sunday, December 12, 2010

Jangan malu

In the name of Allah,

Perasaan malu memang menjadi sebahagian dari hidup saya. Tapi untuk mengendalikan pada jalan yang betul, disini saya ingin berkongsi. Diambil disini

Malu Itu Iman

Tidak dinafikan bahawa malu itu adalah benteng yang dapat mengelakkan anak-anak dari melakukan maksiat. Bahkan perasaan malu dari melakukan maksiat itu adalah sebahagian dari iman.

Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda:

"Malulah kepada Allah dengan sebenar-benar malu." Para sahabat menjawab: "Kami memang malu kepada Allah, wahai Rasulullah, alhamdulillah." Baginda berbicara lagi:

"Bukan itu yang aku maksudkan. Malu kepada Allah dengan sebanar-benar malu ialah: Engkau memelihara kepala dan apa yang difikirkan, engkau memelihara perut dan apa yang diisikan ke dalamnya, engkau mengingati mati dan segala kehancurannya. Dan barangsiapa yang inginkan akhirat, dia tinggalkan perhiasan kehidupan, dan dia utamakan akhirat dari dunia. Barangsiapa yang melakukan sedemikian barulah dikatakan dia malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu."

Malu yang dimaksudkan di atas ialah malu dari mengingkari perintah Allah dan malu dari melakukan kejahatan. Ini bermakna, perasaan malu yang memang ada dalam diri anak-anak itu perlu dipupuk agar dimanfaatkan untuk menjaga maruah diri, menjauhi maksiat dan mendekatkan diri dengan Allah. Namun malu itu, di samping boleh menjadi perisai kejahatan, ia juga boleh menjadi penghalang kebaikan.

okay, faham? sekarang no need to be shy at uncertain condition. Malulah pada tempatnya. If nak lakukan kebaikan fokus dan teruskan perbuatan tersebut. InsyaAllah, Allah will always be with you. Ummi always pesan tentang nie. Yess madm, mngikut arahan lah. Be myself :)