Tuesday, December 14, 2010

suara kanak-kanak kecil itu indah

Bismillahirrahmanirrahim,

Today, permualaan kuliah setelah sekian lama tidak ke kampus. But, i'm feel happy even balik jam 3.30 pm. Meletihkan semestinya. At least, saya mengisi masa dengan baik. Tidaklah membazir masa dengan sia-sia. Alhamdulillah. Selepas ini dapat jadikan permulaan untuk mengelakkan diri daripada membuang-buang waktu lagi. Disamping itu, saya pelajari sesuatu.

Tinggal di Jakarta memanglah mencabar if 'kita nak'. Ini kerana kalau kita mahukan sesuatu yang mencabar, sanggup melepaskan diri dari terperangkap terus dalam zon selesa dan Yes kamu peroleh apa yang kamu nak. Ya Allah, sarah boleh tak kamu fikirkan orang lain. Jangan jadi selfish ok! Huhu, saya bila orang cakap saya pandai bawa diri, herm yes bolehlah. Tapi kita bukan hidup seorang diri. Kita perlukan kawan/ sahabat disisi kita. Apa guna kalau pandai jaga diri tapi tidak pandai menjaga orang disamping kamu. sia-sia kan? Ingat kita bukan hidup seorang diri. Cuba fikirkan orang sekeliling kita. Apa yang mereka perlukan. Astagfirullahalazim. ampunkanlah dosadosaku kerana mengabaikan tanggungjawabku terhadap mereka. Belajar memahami mereka.

Tadi semasa perjalanan ke spital, naik bas dengan kanak-kanak comel. Apa lak mereka buat kat atas bas tu ek? Herm, mereka mencari rezeki dengan menyanyi. Kini saya faham erti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Everyday, pasti ada sahaja pengamen yang akan menaiki bas kami. Tujuan mereka cuma satu, mencari nafkah. Saya kurang pasti jika mereka mencari nafkah untuk diri sendiri atau ejen seperti yang selalu kita lihat dirancangan tv. Jujurnya tak tahu. Tapi mereka sangat berdikari. Saya kagum dengan tekad dan azam mereka untuk menyara kehidupan ini. Cuba refleksi balik kepada diri. Kadang kita cepat rasa putus asa dengan ujian yang diberi. Pandanglah mereka yang dibawah kita, mereka punya ujian juga tapi tidak pernah pula ada rasa ingin mengalah. Kita, diberi ujian sedikit pun sudah banyak mengeluh. Ya Allah, luaskanlah pandanganku, supaya aku dapat memahami apa tersirat setiap kejadian yang Engkau tunjukkan. Jadikan aku Hamba yang selalu berfikir. aminn :)

Osce mungkin akan diadakan lusa. need complete preparation. Good Luck!