Wednesday, February 16, 2011

osce lagi lagi

in da name of Allah

Dalam kepenatan, mata dah rasa macam nak tutup, tpi badan tetap taknak berehat. Osce kali ini memberi seribu banyak pengajaran. Bagaimana disini saya mengerti sebuah pengorbanan. Bukan pinta saya untuk mengikuti setiap ulangan melainkan ditentukan. Tapi saya bersyukur kerna dengannya diri ini sebenarnya sedang dididik dan ditarbiyah oleh Allah. Alhamdulillah, akhirnya exam osce her 2 berakhir juga. Hari ini gugup agak kurang berbanding dulu. Saya rasa lebih bersedia daripada sebelumnya. Cuma masih lagi kelam kabut bila nak lakukan pemeriksaan fisik tadi sebab khuatir masa akan habis. Tapi nak buat macam mana, memang masa sangat mencemburui saya. Saya terpaksa lakukan dengan cepat dan sesiapapun kalau digesa seperti itu pasti akan melalui hal yang sama.

Tinggal tawakal dan doa
Hanya dua senjata yang tinggal untuk saya yaitu doa dan tawakal. Tidaklah saya berdaya lagi berbuat apa-apa melainkan kita mengharapkan pertolongan dari Nya. Ya Allah, kami memohon petunjuk dan berserah diri sepenuhnya kepada mu atas nasib kami. Kami telah berusaha dan tidaklah sebaik-baik usaha yang telah saya lakukan melainkan apa yang termampu setakat ini. InsyaAllah, akan lebih memperbaiki lagi supaya berusaha dengan lebih kuat.

* Jangan pernah berpuas hati dengan usaha yang telah dilakukan. kamu belum sehabis-habis usaha. Banyak cara lagi yang boleh kamu lakukan.
** Walaupun seletih dan sejauh mana tenaga yang telah kamu curahkan, belum tentu ia sudah cukup untuk membuahkan kejayaan. Orang lain lagi bersungguh dan kuat semangat.
***Ya Allah, berikanlah aku minat dan keseronokan dalam setiap pekerjaan yang aku lakukan. Niatkanlah dalam hatiku untuk mencari keredaan dan keberkatan bukan pandangan manusia semata. Luruskan hatiku, aminn.