Sunday, February 13, 2011

Titik Permulaan


In da name of Allah,

Assalamualaikum semua! Semoga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayangnya. 11 Febuari 2011, hari yang tidak akan pernah saya lupakan. Merupakan hari pertama, saya mula menyedari Allah sedang mengajar saya erti hidup. Ujian yang diberi pertama kali saya sahut dengan penuh kekuatan. Sebolehnya ingin mengambil sebanyak-banyak hikmah dan kebaikan darinya. Ya Allah, terima kasih atas segalanya.

Degil dan Keras hati
Saya adalah seorang yang sangat degil. Apalagi kalau disuruh tanpa keinginan saya, lagi saya rasa macam sangat-sangat benci melakukan hal tersebut. Tapi saya sedar kini, Tuhan sedang mengajar saya untuk tunduk akan setiap ketetapan yang telah Dia berikan. Sepanjang saya hidup, tak pernah saya berpuas hati atas setiap perlakuan yang saya lakukan terutamanya apabila ia melibatkan keterpaksaan. Ya Allah betapa aku sangat keras hati. Teringat saya apabila dirumah, apabila ibu menyuruh saya melakukan sesuatu tanpa kerelaan, betapa hati panas, gundah dan penuh kebencian atas tugas tersebut. Maka, jadilah kerja tersebut tidak berkualiti apalagi sempurna. Kini, saya sedar banyaknya sikap dan sifat yang buruk telah menjadi kebiasaan saya. Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk memperbaikinya satu persatu. Sekurang-kurangnya saya dapat membuang sifat mazmumah itu 50% by this year. Kuatkanlah!

Banyak Ujian, Tapi Tiada Pengajaran?
Apa tujuan Allah memberikan kita ujian dan dugaan? Pastinya untuk mengajar kita supaya menjadi lebih berhati-hati, lebih menyadari diri tidak sempurna dan banyak lagi hikmah sebaliknya. Namun, apa gunanya sekiranya ujian yang datang berlalu begitu sahaja tanpa pengajaran yang dapat diambil. Ya Allah, RUGIIINYA!!!... Jauhi aku menjadi orang seperti itu. Mulalah dari hari ini untuk meneroka sedalamnya setiap pengajaran dan hikmah dari ujian yang diberikan. Semoga pengajaran itu mudah Allah tampakkan dan mudah diterima serta dijadikan teladan dalam hidup. Saya sangat berharap setiap ujian yang saya terima ini akan menambah kesabaran, ketabahan, kecekalan, kekuatan dan bergantung harap hanya pada Allah. Menjadi hamba yang bertaqwa, insyaAllah.

Ayuh, pandang ke depan
Persiapkanlah diri setiap hari dengan pelbagai cabaran. Banyak sebenarnya cabaran yang perlu kita sahut dihadapan. Cuma kita yang tidak mengambil peluang. Rugi kan? Walau apapun yang ingin kita capai setiap hari, jangan pernah sentiasa mnegucapkan syukur. Alhamdulillah.
* sarah, mulakan setiap hari menjadi hari yang lebih baik dari semalam.
**Cuba mencari hikmat atas setiap ujian yang diberikan. jangan menjadi orang yang RUGI!
*** Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk membuang sifat/ sikap buruk yang ada pada diriku. Jauhi aku dari sikap orang putus asa! Trying to heal my heart; elakkan hasad dengki, bersangka buruk, mengumpat, marah dan sikap tidak sabar.