alhamdulillah, hari ini saya gembira. hehe, no wonder why. tapi segala perancangan yang saya lakukan semalam dapat saya penuhi pada hari ini. itu mungkin sebab utama. hari ini juga saya belajar perkara baru. hehe, terlalu excited. banyak tempat saya drop by tadi. so banyak ragam manusia saya telah jumpa. memangmanusia ini ssangat unik kan? hehe. ada yang lawak, menyenangkan dan kadang-kadang menyebalkan juga. tapi itulah hakikat seorang manusia.
peristiwa 1
selepas habis satu-satunya kuliah pai tadi, saya dah merancang untuk pergi ke kantor pos. pada awalnya nak pergi kantor pos kat trisakti tu je, then ubah fikiran. last sekali pergi ke kantor pos kat Daan Mogot tu. sebelum ni memang pernah ke sana. tapi ingat-ingat lupa aje jalan ke sana. well, hari ini saya cabar diri saya untuk ke sana. luckily, friend of mine nak temankan. hehe, thanx atul. inti cerita ini sebenarnya pasal bapak supir masa pulang dari sana. first time jumpa supir taksi yang tak tahu jalan ke sini. hurm, mungkin kerana dia jarang masuk kawasan ini. tapi tak mengapalah, beri saya lebih cabaran sebenarnya. apa lagi menguji daya ingatan jalan pulang. haha LOL. well, im succeed!
peristiwa 2
selepas pulang dari kantor pos, saya keluar lagi. ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan.huhu. masa dalam angkot (kenderaan awam ) tadi, jumpa seorang makcik dan cucunya. pada mulanya saya tak ambil endah orang asing. hanya sekadar memberi senyuman saja. tapi, makcik ni peramah pula. hehe, apa lagi berbual la dengan dia. katanya dia pernah ke KL dan adalah perbualan-perbualan yang lain~ keep it secret.haha, apa yang ingin saya kongsikan disini adalah tujuan perjalanan makcik dan cucunya tadi. sebenarnya dia mahu ke tempat lain, tapi oleh kerana sikap tidak bertanya, dia dah jauh dari tujuan sebenarnya. apa saya dapat buat kesimpulan disini, bertanyalah sekiranya anda tidak tahu.
seperti peribahasa ini: malu bertanya sesat jalan
moral of da story: terus belajar dari pengalaman orang lain. perhati dan terus memerhati keajaiban alam ciptaan Tuhan.