Thursday, March 25, 2010

hari ini dalam sejarah

bismillahirrahmanirrahim...

hari ini tajuk macam pelik sedikit kan?hehe..cuba teka apakah yang bersejarah tu? awal-awal bagitahu, bukan berkaitan dengan negara atau orang berpolitik. semua berkaitan dengan kehidupan saya sendiri. ok, mesti la tak tahu kenapa kan? kerana saya sendiri yang akan mencorakkan sejarah tu pada hari ini. hopefully akan mendapat hasil yang baik.

MOVE FORWARD

semua orang punya impian kan? soalan pertama adakah impian anda telah terlaksana? kadang-kadang kita membina impian setinggi-tinggi gunung atau kalau boleh menggapai langit, tapi pada masa yang sama kita akan diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan. pernahkah kita melihat kembali apa kesilapan kita sehingga kita tidak dapat apa yang diimpikan? mungkin ya dan mungkin tidak. ya..kegagalan memang sesuatu yang sukar diterima macam ubat yang pahit ditelan, tapi itulah merupakan pengobatan yang paling baik untuk menempuh ujian seterusnya. andai kita tidak diuji adakah kita menjadi hamba yang bersyukur pada Tuhan?mungkin kita akan semakin jauh dariNya, atau menjadi taksub pada dunia.

ada satu perumpamaan mengenai ayat ini

jangan letakkan dunia dihatiku, tetapi letaklah ia dalam genggaman tanganku

perumpamaan ini seringkali kita dengar dari mereka yang inginkan kebahagian dan kejayaan dunia akhirat. oleh sebab itu, jangan pernah kita leka dan lalai dengan segala isi dunia. tujuan kita bukan disini tapi untuk mendapat REDHA ALLAH.


PERANCANGAN YANG BAIK

perancangan dalam kehidupan sangat penting agar hidup kita tidak mudah leka. walaubagaimanapun, bukan mudah untuk melakukan perancangan yang baik kan? saya akan berusaha mengatur kembali kehidupan saya pada hari ini supaya sentiasa berada dalam landasan yang betul. hurm, cakap memang mudah. untuk melaksanakan itu sesuatu yang sungguh sukar. pengalaman yang sudah-sudah. apa pun alasan saya akan berusaha lagi sampai ia menjadi kenyataan ok?anda bagaimana? tidak salah kalau merancang tapi tak dapat melaksanakan kerana sebab-sebab tertentu. bagi saya, seburuk-buruk perancangan adalah merek yang tidak merancang.

pernah dengar peribahasa ini:

IF U FAIL TO PLAN, U PLAN TO FAIL

so, apa tunggu lagi, jom sama-sama membuat perancangan yang hebat supaya suatu hari nanti ianya akan menjadi kenyataan

perancangan terdekat:
>> menyiapkan PBL dengan baik
>> khatamkan buku subjek mata
>> ulangkaji

jangka panjang?

masih dalam otak. belum boleh dikongsi.hehe
apa pun sebarang perancangan yang dilakukan semoga dapat lakukan yang terbaik, semaksimal mungkin. all da BEST!


HARGAI MASA

macam-macam perumpaan yang sering kita dengar berkaitan dengan masa. ernah dengar masa ibarat pedang, jika kita tidak memotonnya, maka ia akan memotong kita.

ada lagi: demi masa, sesungguhnya manusia itu didalam kerugian kecuali orang-orang yang beramal soleh...

jadi, boleh dikatakan semua berputar mengenai kepentingan masa. jangan pernah kita bazirkan ia dengan perkara yang tidak berfaedah. semoga pesanan ini menjadi titik permulaan untuk memperbaiki diri juga.huhu


PENUTUP: SEJARAH UNTUK TELADAN

sejarah tetap sejarah. apa yang berlaku sebelum ini kita jadikanlah iktibar dan panduan agar perkara tersebut kita koreksi dan perbaiki. bukan mudah untuk mudah. perlukan pengorbanan kan?oleh yang demikian, ayuh kita bangkit untuk menjadi insan yang terHEBAT..

insyaALLAH..=)