
in da name of ALLAH
assalamualaikum,
Pernahkah anda merasa yang anda seorang yang sangat sibuk. Sibuk dengan pelbagai perkara seperti exam, tugasan, tanggungjawab dan lain-lain. sSebenarnya adakah anda benar-benar sibuk? Saya mula bertanya persoalan ini apabila saya melihat ada orang lain yang lebih sibuk dari saya. Saya sebenarnya tak sesibuk dibanding mereka. Ya, memang kita sering dihimpit oleh pelbagai perkara. Namun erti sebenar kesibukan bukan pada landasan itu. Ada yang lebih berat perlu kita selidiki dan berfikir kembali. Hari ini saya telah menemui erti sebenar kesibukan itu. Ia apabila anda diberi dua tugasan besar dalam satu keadaan. antara kerjaya dan pelajaran. Pengalaman kerjaya sementara yang saya hadapi cukup untuk mendefinisikan kelelahan mereka yang terpaksa memikul kedua-dua beban tersebut sekaligus. memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata melainkan pengalaman sendiri.
Jadi pengajarannya, apakah kita benar-benar menghargai setiap waktu luang yang kita ada. Bagi kita sebagai seorang pelajar, adakah waktu yang ada kita isi dengan efisien dan bermanfaat? Bersyukurkah kita dengan segala nikmat yang sedang kita kecapi sekarang? Ya Allah, jauhi kami dari menzalimi diri kami sendiri. Tunjukkanlah kami, bimbinglah ke jalan yang benar dan Engkau redai.
Hidup ini bukan mudah. Bukan juga terlalu sukar. Jika kita mengambil jalan yang benar, insyaallah segalanya menjadi mudah. Hidup tanpa ujian tidak dinamakan hidup. Tapi jangan pula terlalu memandang berat ujian yang kita lalui kerana ada yang lebih berat ujiannya berbanding kita. Pandanglah mereka. Pandangan itu bukan untuk menagih simpati tapi sebagai cermin kita untuk muhasabah diri. Mereka dan kita tidak jauh beza. Mereka manusia seperti kita.