Saturday, May 1, 2010

Hari Baru

in da name of ALLAH

asslamualaikum
sengaja menulis lebih awal. Sebenarnya baru sahaja selesai meronda-ronda. haha, tengah malam baru nak meronda. nothing la, just blog walking. Bukan selalu dapat mood untuk berjalan-jalan melihat dan mencari entri terbaru. tidak dilupakan buat sahabat yang sedang berjuang menghadapi penyakit kanser, diharap terus tabah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. semoga terus bersabar dan berjuang sehingga nafas terakhir. Doaku buat kalian, semoga Dia akan sentiasa membimbing setiap langkah kalian. jangan pernah putus asa.huhu, saya tidak akan pernah merasa apa yang kalian hadapi sekarang ini, tapi pastinya amat pahit dan sukar. Tapi semangat kalian memberi pedoman dan pengajaran buat kami yang alpa dengan anugerah kesihatan yang baik. Tabah dan terus Tabah!

Janji-janjiku masih belum terlangsai..
saya tidak pernah lupa akan janji-janji yang pernah saya ungkapkan. insyaallah akan saya lakukan dalam masa terdekat sekiranya ada kelapangan masa. Doakan saya dapat menyusun masa dengan lebih baik. Kita acap kali leka sehingga masa kita banyak yang terbuang begitu sahaja. Namun, saya akan berusaha untuk mengurangkan sifat itu. walaupun kadangkala amat sukar untuk istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Diri ini lemah dan letih. ya, sudah lama saya beri dia rehat. Sekarang masa untuk bertindak dan bergerak. Azam dan Harapan ini perlu saya kotakan dalam bentuk perbuatan. saya perlu buktikan.

saya sedang menyiapkan tugasan. tapi masih juga tidak siap. mungkin perlukan sedikit motivasi. saya tiupkan motivasi ini melalui ungkapan kata-kata. Saya ingin menjadi manusia kuat berusaha. Semoga Dia meredai usaha saya. Yang terus berharap dan mencari erti sebuah kehidupan. Cuba mengungkapkan rasa cinta kepada Sang Pencipta sepenuh hati.