
me with ecah...
in da name of ALLAH
assalamualaikum..
hari ini saya terpaksa menduduki peperiksaan ulangan. terpaksa? hehe, tidaklah. tapi hati mengatakan sebegitu. even doctor2nya were so nice, tapi saya still tak lulus subjek ini. so, pilihan terakhir ujian ulang la. keadaan tidak begitu membantu. demam, batuk dan selesema silih berganti. alhamdulillah, hari ini selesema dah hilang cuma batuk dan demam. sebenanarnya ujian itu penuh hikmah. walaupun saya telah membaca banyak yang mengeluh yang hidup ini tak adil. orang baik selalu ditindas. orang kaya selalu kaya selama-lamanya. ketahuilah semua itu ada hikmahnya. saya percaya itu.
tawakkal sahaja: persediaan exam pada hari ini tidak banyak. so, saya akan redha atas setiap apa keputusan pun yang akan diterima. saya nampak mereka yang kuat berusaha. syabas dan tahniah buat mereka. Semoga Allah meredai usaha dan semangat mereka dengan kejayaan insyaallah. Dia tidak pernah meninggalkan kita jika kita selalu mengingatinya. Mungkin kesempatan untuk saya belum ada. semoga kesempatan yang ada nanti tidak saya sia-siakan.huu, manusia memang sebegitu. apabila diberi kesempatan, tidak digunakan sebaik-biknya. semoga diri ini tidak lalai.
belajar untuk apa? ini memang amat teruji tadi. kita belajar bukan untuk lulus peperiksaan tapi berjihad untuk mencari keredaan Dia. so, jangan pernah lupa niat sebenar kita. Hidup ini tidak lama. Mati itu sangat dekat.jangan pernah sangkal itu. mari kita muhasabah. walauapapun, bagaimana kita harus bersyukur dengan segala nikmat yang telah Dia berikan? ya, kita perlu berusaha dengan kemampuan kita dengan belajar bersungguh-sungguh. saya mahu lakukan yang lebih baik. strategi dan sasaran yang tepat perlu, bagi memperoleh kecemerlangan yang gemilang. Lakukan yang terBAIK!