Monday, May 3, 2010

besok penentu segala-galanya


in da name of ALLAH.

assalamualikum
Hari ini saya betul-betul kurang sehat. Tekak sakit dan mungkin akan mengganggu peti suara. huhu, esok presentation! haiya, time ini juga dia nak sakit. Itulah ujian tak pernah kenal tempat dan waktu. Esok juga saya perlu ujian ulang. Belum juga bersedia. Esok nilai mata insyaallah akan keluar. huu, apa akan terjadi besok agaknya. Semuanya akan berlaku sekelip mata. Besok ujian terbesar saya.

Malam ini saya perlu menyiapkan diri sebaik mungkin. Ya, saya wajib melakukannya dengan usaha semaksimal mungkin. Insyaallah saya akan lakukan yang terbaik. Semoga setiap usaha yang saya lakukan Allah redha. Biarlah apa akan berlaku esok hari. Yang penting apa usaha yang kita lakukan sekarang. Hargai detik waktu sekarang. Belum tentu besok menjadi milik kita, betul tak? Perancangan yang baik insyaallah akan membuahkan hasil yang baik. Semoga saya terus kuat dan tabah!

Saya rasa saya telah melakukan kesalahan semalam. Lama saya berfikir tentangnya namun tidak juga mendapat penyelesaian yang bagus. Saya juga insan lemah macam kamu. Bukan semua yang saya lakukan betul. Jadi maafkanlah setiap kesalahan yang pernah saya lakukan. Jangan lupa mengingatkan dan menegur saya. Saya amat menghargainya. Kawan, tidak pernah saya ingin melukai hati kamu. Menjaga hati setiap dari kamu itu payah kerana saya insan lemah, dhaif dan fakir. saya sentiasa mengharap kepada Dia untuk sentiasa memberi saya petunjuk.

Khabar dari kampung tak pernah putus. Alhamdulillah, walaupun kami berjauhan tapi tetap berutus khabar. Itulah indahnya aturan yag telah Dia tentukan. Ada sahaja hikmah disebalik apa yang berlaku. Apa sahaja yang kita lakukan jangan pernah lupa akan Dia. kerana Dia sentiasa ada untuk kita. wassalam~