in da name of ALLAH
assalamualaikum,
Tadi terdetik di hati untuk mengingatkan diri tatkala makin kurang beradab dalam pergaulan dan kehidupan. Masyaallah, jauh sudah saya dihanyut kelekaan dengan adab yang kurang sopan. Semoga saya dapat mendidik diri menjadi seorang yang menjaga adab dan kesopanan. Pertamanya berkenaan adab ketika makan. Pernahkah korang meneliti kembali apakah selama ini kita betulbetul menjaga tingkah laku kita semasa makan? Kalau ya, saya ucapkan syabas. Saya selalu memandangnya perkara yang remeh. Mulai hari ini saya akan berubah. Disini saya sempat mencari artkel brkenaan adab-adab ketika makan. Semuanya pasti sudah kita ketahui, namun untuk merealisasikan dalam kehidupan? payahkan, huhu. Insyaallah berusaha ke arah itu.
...satu
...dua
...Tiga
Semua link diatas atas bantuan mr G. semoga ianya bermanfaat buat kita.
note: Sempena hari ulangtahun kelahiran saya nanti iaitu 18 jun, saya ingin melakukan kejutan. Kejutan khas buat diri. Sebelum tarikh tersebut dengan masa yang masih tersisa ini, saya harap dapat melakukan perubahan. Antara hadiah yang akan saya berikan sebelum tarikh tersebut adalah:
= melakukan english improvement
= menggembirakan dan menjaga hubungan baik kepada orang disekeliling saya
= menjaga ibadat terutamanya solat
= seorang yang matured dalam tindakan dan berfikiran
Semoga umur yang meningkat ini lebih memberi manfaat kepada diri dan orang lain. Pagi tadi mendapat teguran tentang kematian. Mungkin perlu diingatkan juga yang hidup ini adalah singkat. gunakanlah sisa usia yang masih ada dengan sebaiknya=)