
in da name of ALLAH.
assalamualaikum semua, menyepi seketika kerana kesibukan dunia yang terus memaksa. hehe, puitis tak?;p.Tak pandaila buat kata-kata puitis ini. Hari ini sudah masuk hari ke 3 exam untuk minggu ini. Semua rasa suka duka ada. Tapi yang menyedihkan perasaan duka tu macam berlebih sedikit. Agak kecewa kerana tidak dapat lakukan sebaik mungkin even sudah berusaha sedaya upaya. Saya bukannya jenis orang yang suka memikirkan kekecewaan. Yang sudah lepas, saya biarkan sahaja. Tawakal sepenuhnya kepada Yang Maha Kuasa. Sikap ini ada juga keburukannya.huhu, saya menjadi orang yang tak berperasaan. Haha, bagus juga kan.Biarlah segala kelemahan itu pergi dan saya akan berusaha memperbaikinya pada akan datang insyaallah.
Dalam menghadapi peperiksaan, persiapan sangat penting. Apa sahaja bidang yang anda ceburi pasti persiapan perlu ada. Dalam merangka persediaan itu, banyak antara kita kecundang dek sikap suka bertangguh dan malas. Ada juga yang tidak pandai membahagikan masa sebaik mungkin. Jangan risau, semua contoh yang saya berikan ini saya telah alami dan masih dibelenggu olehnya. Namun begitu, dari masa ke semasa usaha untuk memperbaikinya sedang dilakukan walaupun agak lambat. Semoga saya sentiasa istiqamah dan terus berusaha menjadi yang terbaik.
Kita sentiasa meletakkan harapan yang tinggi dalam sesebuah usaha. Namun tahukah kita bahawa yang memberikan kejayaan itu hanyalah Dia. Walau sekuat mana usaha yang telah kita lakukan, akhirnya Dia jugalah yang putuskan. Ini memberi maksud, kita kena selalu berusaha dan jangan cepat berputus asa dan harap pada Dia. Dia tidak melihat hasil yang kita usahakan tapi Dia melihat sekuat mana usaha yang telah kita pertaruhkan. Jangan Putus Asa OK? Seperti sebelum ini saya pernah cakap yang kita jangan pernah mengharapkan manusia. Mereka juga insan lemah seperti kita. Kesimpulannya, jangan pernah ambil hati atas kesalahan yang mereka lakukan. Kita semua sedng berusaha menjadi manusia terbaik. Maafkanlah kesalahan mereka.
note: program masak memasak tergendala dek exam yang datang mengganas. Haha, cubaan-cubaan. Selamat Petang semua. Saya insan kerdil, maaf jika terdapat kesilapan yang tanpa disedari telah saya lakukan. Saya dapat rasa saya ada buat salah kat orang tapi bukan semua perkara dapat saya luahkan dengan kata-kata. Maaf buat semua. tak mudah untuk menjaga hati setiap orang. Tegurlah saya jika perlu.