in da name of ALLAH
Assalamualaikum everyone,
Saya doakan semua dalam keadaan sihat sejahtera dengan kehendak dan limpahan rahmat-Nya. semalam saya sakit teruk dan sedikit tertekan dengan peperiksaan yang baru dilalui.saya mula sedar yang kita hanya manusia lemah. Jadi jangan pernah putus dari mengharap pertolongan dari Allah. saya muntah teruk dan diare. Ujian itu baru bermula dan saya kena tabah. Sewaktu saya sakit teruk, apa yang paling pertama yang terlintas di fikiran adalah Allah. ya, Dia adalah segala-galanya kita bergantung harap. tidak ada yang lain. saya menyebut namaNya acap kali sampai semuanya berakhir. setelah itu, saya terus masuk tidur kerana penat dengan muntah yang agak banyak. Alhamdulillah, hari ini saya mampu bangun dan sihat sedikit. sewaktu saya sakit, saya belajar sesuatu yang baru.huhu
jangan kamu angkuh
Ketika sakit, saya percaya semua orang akan memanggil-manggil dan bergantung harap pada Dia. Dialah satu-satunya penolong terbaik yang kita ada. Tapi, sedarkah kita apakah selama ini kita selalu mengingati Dia terutama sewaktu kita senang. Tidak, kita selalu lupa. Bila kesusahan datang, Dialah yang kita sebut-sebutkan. Betapa kita ini manusia angkuh lagi sombong. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa serta kealpaan yang kami lakukan. Marilah semua, kita berfikir kembali apakah kita berada diantara orang-orang yang tahu bersyukur.
Tekanan dan cabaran
Bila kita pandang dari sudut sains, diantara pencetus manusia itu mudah jatuh sakit adalah kerana sistem imunitas a.k.a pertahanan tubuh kita merosot. Kenapa boleh jadi seperti itu? antara penyebab utama adalah stres. Stres pula ada macam-macam. Oleh kerana itu, penanganan stres sekarang dianggap amat penting bagi setiap individu. Lihat sahaja di negara-negara maju, antara sebab kenapa rakyat mereka commite suicide adalah sebab stres. Tidak mampu berhadapan masalah dalam hidup. Situasi saya jauh berbeza dengan negara maju itu. saya stres sebab peperiksaan. Kadang terfikir juga, bersimpati dengan empunya diri ini, selalu dipaksa untuk melakukan suatu tuntutan hidup. Tapi, itulah kehidupan tanpa cabaran dan tekanan seperti ini kita tidak akan maju kedepan. Memang jauh sekali untuk berjaya apabila selalu dimanjakan. Raihlah kejayaan dunia itu seumpama kamu akan hidup seribu tahun lagi, dan raihlah juga kejayaan di akhiratmu seumpama kamu akan mati besok hari. Semoga kita kekal bersemangat untuk menghadapi apa jua ujian dan cabaran.
note: saya semakin suka dengan blog ini. haha,comel sangat.peace!