Saturday, May 15, 2010

bukan memanjakan


in da name of ALLAH
assalamualaikum, pagi tadi setelah selesai kelas saya terus ke RS Siloam untuk dapatkan ubat-ubatan yang boleh mempercepatkan kesembuhan. Kalau bukan kerana minggu ini saya ada exam, memang jauh terlintas di fikiran untuk ke sana. Saya paling tidak suka untuk bergantung harap kepada ubat. Tapi, keadaan memaksa dan saya akur. Terima kasih kepada miss world, sebab menemani saya ke sana. Seronok berkongsi rasa dan buah fikiran. haha, susah nak dapat sahabat macam anda. Sanggup menemani dikala kesusahan. Itulah sahabat sejati. Semoga ukhuwah kita berkekalan dibwah redaNya, insyaallah. erm, ada kala sesuatu perkara yang kita ucap perlu dirahsiakan.hehe, kalau ianya dapat memberi manfaat kepada orang lain tak salah untuk disebarkan dengan syarat tidak menunjukkan siapa pelakunya. nanti jatuh mengumpat pula. Hati-hati dalam berkata-kata.

Dokter bertugas hari ini adalah dr margaret. macam dokter baru dan still muda. saya rasa baru dari sudut dan penampilannya. tapi PD dia memang tinggi, sedikit respect. Melihat dia, saya dapat bayangkan saya ditempat dia. Semoga saya juga dapat lakukan yang terbaik. Semua orang akan memerhatikan hasil kerja kita. so, kena selalu waspada dalam setiap tindakan. Memang tak dapat dinafikan, RS siloam adalah antara RS swasta yang high standard. so, mereka menjaga kualiti. Jadi, pada pendapat saya, beliau juga pasti bukan calang-calang orangnya. Tapi, bila sudah di cop orang baru pasti ada sahaja orang akan menilai hasil usaha dan salah silap kita. Kena siap sedia menerima sebarang teguran samaada ianya membina atau sebaliknya. chaiyok dr!

Hasil perbincangan dan tanggapan oleh miss world.
Dokter itu bertuah sebab dapat patient terawal iaitu kami. Bukan nak berbangga, tapi at least kami tahu procedure untuk tegakkan diagnosis.hehe, overall beliau tidaklah tension bila tak dapat tahu diagnose kan. kami juga membantu. Sebagai student medic, dalam bidang yang sama, so kerjasama itu sangatlah terbina. Saya bagi beliau data anamnesis lengkap. haha, senang untuk dia meneka penyakit saya. miss world pun sama. kami kiranya membantu mempermudahkan. Tapi hakikat diluar sana, untuk menegakkan diagnosis sesuatu penyakit adalah tugas yang sukar. Ini adalah kerana, kebiasaannya banyak antara patient yang tidak memberi data lengkap semasa anamnesis. Kalau saya tidak silap kira-kira 60-70% data anamnesis membantu dalam diagnosis. Selebihnya adalah pemeriksaan fisik dan kalau perlu dilakukan pemeriksaan penunjang. Tapi sekarang sudah ramai yang educated dan mereka juga tahu serba sedikit mengenai bidang kesehatan. Itu adalah suatu kesedaran yang bagus.

Setelah selesai pemeriksaan, saya dan miss world ke farmasi untuk dapatkan ubat. Alhamdulillah, kami sememangnya menggunakan asuransi. Semua pembayaran dibuat dengan kemudahan asuransi tersebut kecuali ubat-ubatan supplement. Ini perlu dibayar sendiri. hurm, melesap juga duit disitu. overall, 203k. Terima kasih kepada asuransi kerana cover bayaran tersebut.huhu, rasa bersalah pula. Insyaallah, saya akan berusaha bersungguh-sungguh pada peperiksaan nanti. Doakan..

note: badan sudah kembali pulih, tidak ada alasan lagi untuk bermalas-malasan. Berjuang sehingga ke penghabisan. Good Luck semua!