Friday, May 28, 2010

Rendahkanlah hatimu


sarah, you need to struggle more, because it is not about the destination but journey
in da name of ALLAH
assalamualaikum semua. Terasa diri terlalu ego dan angkuh. Memang sangat tidak menyenangkan, of course. Tapi, itu memang salah satu sifat buruk yang setiap orang akan ada walau sedikit. Jadi pandai-pandailah menangkisnya dari diri. Jangan terlalu lama bersikap demikian kerana lama-kelamaan orang akan rasa menyampah. Huhu, saya disini ingin mengajak diri saya terutamanya untuk tunduk dan merendahkan hati yang angkuh itu tunduk pada Yang Maha Esa. Itu bukan sikap yang baik ok!

Bukan mudah untuk menundukkan diri yang ego kan? Bukan mudah tapi kita boleh berusaha. Macam-macam cara, dan sedang berusaha mencari jalan yang terbaik. Sedang memujuk hati untuk rendah diri dalam menuntut ilmu. Jangan sombong dan angkuh. Kita yang tidak berpengetahuan perlulah selalu bertanya dan jangan ego! Bukankah setiap orang itu mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing? Terimalah mereka kerana kelebihan yang ada pada mereka. Itu nikmat terbesar yang Tuhan beri kepada mereka. Masyaallah, banyaknya kelebihan yang Engkau tunjukkan padaku. Fikirkanlah dengan maksud yang tersirat bukan tersurat semat-mata. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.

Sebelum ini, saya selalu menasihatkan adik saya untuk belajar bersungguh-sungguh. Sekarang giliran dia pula mengingatkan saya. Hehe, how sweet we are kan? haha, sebenarnya memang saya perlukan semua itu. Mereka walaupun jauh dari mata saya, tetapi sentiasa dekat di hati. Setiap pesanan dan teguran paling saya harapkan terutama dari orang terdekat seperti mereka.