
i need peaceful in my mind, body and soul. Semoga ia dapat menjadi penawar pada hati yang kecewa. Teruskan perjuangan sarah!

saat saya kelelahan, macam inilah agaknya. Huhu
in da name of ALLAH
assalamualaikum, Malas sungguh untuk menulis beberapa hari ini. Ya, itu tanda-tanda sebenarnya. Tanda semangat saya makin luntur. huhu, kemanakah kau semangat. Tak kan nak berhenti sekerat jalan? Perjalanan saya masih panjang. Masih banyak onak dan duri yang perlu diharungi. Masih memerlukan kesabaran, ketabahan dan kekuatan yang belum diuji. Waa, takkan nak terus give up. Hanya dengan beberapa keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan, saya sudah mula rasa bosan. Bosan untuk terus berusaha. Ya Allah, kuatkan hati dan semangat hambamu ini, amin.
Bercuti selama tiga hari
Hoooraay!!haha, ini memang saya tunggu-tunggu. Bercuti adalah merupakan hari yang sangat indah dan santai. Jauh dari segala kesibukan terutama bila nak dibandingkan dengan minggu peperiksaan. Tapi, cuti saya bukan cuti biasa. Saya akan buat ia adalah luar biasa. Ada banyak perkara dalam fikiran waktu ini. Macam-macam perkara yang ingin dilakukan. Tapi perancangan yang teliti perlu untuk menjayakannya. Semoga saya menjadi seorang yang tidak mudah patah semangat. Saya sudahpun mengisytiharkan cutinya bermula sekarang. Planing..planing..planing.. Ini sahaja yang dalam kotak fikiran. Planing untuk menjadi manusia sempurna. Tapi itu tak mungkin. Haha, at least saya perlu capai sesuatu yang boleh dibanggakan.
Bagaimana mengubah cara belajar supaya tidak bosan?
Persoalan yang paling tepat buat masa sekarang kerana saya mulai merasa bosan dengan kuliah yang diberi. Baru mulai, harap-harap tidak berlarutan. Banyak faktor membawa saya ke masalah ini, tapi saya lebih suka untuk kembali kepada titik mulanya. yep, diri saya. Saya perlu rajin! rajin untuk merujuk buku-buku tebal, rajin menulis, rajin mencari maklumat di internet dan rajin dalam segala hal. Tugas berat dan perlukan pengorbanan lebih nih terutamanya masa tidur. huhu, baru terfikir untuk tidur.
Cemburu itu lumrah. Bila lihat kawan-kawan berjaya, kita apa kurangnya. Tapi sejauh mana kita interpretasikan rasa cemburu itu ke dalam suatu bentuk tindakan yang boleh mendorong diri ke arah kejayaan? Itu perlu difikirkan. Kalau hanya setakat cemburu tanpa tindakan, itu sia-sia. Tak payah nak rasa cemburu kalau hanya menyakitkan hati. Malah tak perlu siksa diri iri pada mereka. Sebaiknya, kita perlu ambil tindakan tegas. ya, setiap individu perlu disiplin untuk berjaya. Disiplinkan diri untuk sentiasa maju ke depan. Buat yang terbaik.
note: maaf,emo sedikit. Terasa diri sangat ketinggalan. Wahai diri, berusahalah. Tidak ada kejayaan tanpa usaha. No Pain No Gain!!!