Sunday, May 2, 2010

riadah dipetang hari..

binatang ini membuat dunia ini indah. Walaupun awal kehidupan dia hodoh, tapi setelah keluar dari kepompong dia menjadi makhluk terindah. subhanallah.
in da name of ALLAH
assalamualikum,
Suasana petang yang damai sangat bagus untuk keluar berjoging. haha, at last plan kami berjaya dan adakah baru bermula? Itu saya tak pasti. Kalau ianya berlaku berterusan sayalah orang yang paling gembira. hehe, ada orang teman untuk keluar berjoging. Saya sangat suka berjoging ok. Mungkin kerana penyakit yang saya alami ini jugak kowt. Mungkin itu salah satu alasan kuat saya perlu berjoging. Kalau dulu, memang selalu di paksa keluar joging. Kalau tidak, denda akan dikenakan. Itulah dulu. waktu zaman sekolah yang penuh dengan kenangan. Searang semua urusan diri sendiri putuskan. Apayang baik kita buat, kalau tak baik sendiri perlu beringat. huhu, dah tak ada lagi orang nak tegur atau marah.

Ketika berjoging, tiba-tiba datang anak-anak kecil menghampri kami. Mereka menceriakan lagi suasana disitu. saya gembira dengan kehadiran mereka. Melihat mereka, saya merasa ada kedamaian. Sebab mereka belum melakukan dosa. Kalau adapun, itu di bawah tanggungjawab ibubapa yang mendidik mereka. Mereka itu suci dan terpelihara. Bila dewasa, dosa kita yang tanggung. Saya doakan mereka mendapat didikan yang baik dan menjadi orang yang berguna. Saya bertanya kepada mereka beberapa soalan, tapi tidak dijawab melainkan dengan senyuman yang tersipu-sipu. Malu barangkali.hehe

Hari ini saya kurang sihat juga. Mungkin efek daripada cappucino yang diminum pagi tadi. Mengantuk menghalang saya untuk meneruskan tugasan yang perlu saya buat. jadi pilihan terakhir saya dengan kafein. Alhamduillah, ak mengantuk dah. Tapi saya mengalami sedikit dehydration. simptom awal: dry mouth, polyuria, polydipsia tapi blo polyfagia tau!. kalo lengkap 3P nie, alamak saya masuk kategori DM laa. haish, kafein menyiksa hidup saya. Lepas ini, jauhi kafein! kena minum air banyak-banyak sebab mulut still kering dan dahaga. menghalang diri ini terdehidrasi. bergerak menyiapkan tugasan. Semoga saya terus tabah(^__^)