Monday, May 24, 2010

suntikan semangat

in da name of ALLAH
Assalamualaikum semua, hari ini adalah merupakan hari pertama Blok Obgyn. Dapatlah bertemu dengan dokter baru. Antara mereka, salah satunya hari ini membuka minda dan menyuntikkan semangat kami. Alhamdulillah, dah lama tak dengarkan sesuatu yang memotivasikan. Point penting yang dapat saya ambil adalah, jangan malas untuk belajar. Kerana peluang belajar hanya sekali dan setelah itu, kita akan terus mempraktikkannya dalam kehidupan kita. Saya akui yang saya akan bertemu banyak orang. Mereka memerlukan saya untuk menolong mereka. Dan saya harus memberikan yang terbaik buat mereka. Inshaallah, saya mahu menjadi dokter yang baik untuk semua orang. Saya harus bermula dari sini. Belajar tanpa jemu, banyak bertanya dan sentiasa berkongsi atau bertukar pendapat kepada mereka yang lebih arif. Semoga akan terus maju. =)

note: Perlukan mencari cara belajar yang terbaik, bukan hanya rajin semata-mata tapi 'smart' kena ada. Belajar secara bijaksana. Perlu mengatur masa dengan lebih bijak. Jadual la jawabnya. All the best buat semua!!