
in d name of ALLAH, assalamualaikum..
Bila bercakap soal cinta pasti semua teruja. Tak kira siapa sahaja, pasti kita akan mula tertarik mendengarnya. Sesungguhnya, lumrah hidup manusia, memang suka untuk dicintai dan disayangi. Namun, siapakah pemilik semua cinta-cinta itu? Ya, Dia Allah. Dari kita kecil sampai dewasa, itu yang kita selalu dahagakan. Tak kira, nanti bila dah sampai tua sekalipun, perasaan cinta itulah yang akan selalu kita perlukan. Sungguh perasaan dan rasa cinta itu sungguh luar biasa. Terima Kasih ya Allah, kerana memberi kami, manusia-manusia, hambamu sebuah rasa yang luar biasa ini.
Siapa yang patut kita sampaikan cinta? Tentu sekali buat mereka yang mencintai kita. Ummi, abah, keluarga mereka memang seharusnya kita cintai. Walau daripada manapun latar belakang kamu, mereka adalah orang-orang yang perlu kamu sampaikan cinta. Tanpa mereka, kita bukan diri kita hari ini. Kawan, saya juga mencintai kawan-kawan saya. Mereka juga bagian dari hidup saya. Sebarkanlah cinta kepada orang-orang yang kamu cintai. Sungguh, saya rasa sangat bertuah memiliki kamu-kamu yang sangat hebat.
Bila bercerita tentang sahabat, saya bukanlah seorang sahabat yang terbaik. Tapi, saya cuba untuk menjadi sahabat yang baik buat kamu-kamu. Ada masa, saya boleh kamu anggap baik. Ada masa saya kamu anggap jahat. Itulah saya. Saya tidak seperti apa yang kamu fikirkan. Saya hanya boleh menjadi saya seperti saya sekarang. Bukan sandiwara atau lakonan semata-mata. Ada sahaja kelemahan kalau kamu perhatikan. jadi, jangan mudah mengharap yang terbaik. Tiap dari kita ada kelemahan. Bila bertanya soal hati? Hati kamu milik siapa?
hehe, Sungguh hati saya milik Dia. Pemilik segala hati. Jangan bertanya lagi soal hati kerana itu jawapan yang saya miliki. Yang paling saya tahu, Dia menyayangi setiap dari kita. Percayalah, jika kamu mencintainya kamu tidak akan kecewa selama-lamanya. Ya Allah, Kau pemilik cinta teragung. Saya hanya insan kerdil yang mempunyai cinta-cinta terbatas. Jadi, saya perlu berikan kepada kamu-kamu. Bukan untuk semua. Saya juga kekeringan cinta kalau bagi semua. huhu. Mari kita sebarkan cinta buat kamu-kamu yang bertuah. Hex:)