Saturday, July 31, 2010

silence


silence sudah menjadi bahagian daripada hidup saya. Dengan berdiam diri saya amati kembali tiap tindakan yang telah saya ambil. Bukan hanya senyap sesenyapnya. Itu mungkin boleh membawa kita senyap selama-lamanya pula. Jangan...;p Bukalah minda, bentangkanlah hati. Pandanglah tiap perilaku manusia itu suatu motivasi. Bukan suatu yang sia-sia. Setiap perilaku manusia itu pasti ada tujuan dan manfaatnya. Buan untuk saja-saja. Kadang-kadang kita perlukan kedamaian dan ketenangan yang boleh memberi mendekati Tuhan. Ya, Dia yang sepatutya yang perlu kita utamakan dan kenali.

Saya, apabila mempunyai masalah, saya diam seribu bahasa. Tidak mudah bagi saya untuk terus meluahkan melainkan saya mengadu terlebih dahulu kepada Dia. sesunggunya, Dia sangat dekat dengan kita. Jadi, jangan mudah untuk kita menghakimi seseorang itu. Mungkin dia sedang mencari penyelesaian yang terbaik. Jangan jadi diam sia-sia. Diam juga ada manfaat. Mungkin secara peribadi saya sahaja. Tapi, itu pengalaman yang boleh saya kongsikan tentang orang yang pendiam. Mereka memang berada dalam dunia yang sukar orang lain jangkau. Tapi mereka juga punya hati dan perasaan. Kalau yang banyak bercakap mengatasi setiap sesuatu dengan berkata-kata tanpa henti, ada pula yang tidak berkata-kata buat seketika. Marilah kita saling melengkapi. Mungkin yang banyak berkata-kata boleh memberikan banyak idea penyelesaian, tapi yang tidak berkata-kata, mereka sebenarnya banyak memerhati.

Berdiam dirilah kamu sekiranya apabila kamu merasa dengan berkata-kata banyak sia-sianya. kalau kita merasa terlalu banyak berkata keburukan daripada kebaikan, penyelesaian terbaik juga dengan silence. Ragam manusia macam-macam. Jika anda memerhati tentu akan tergelak sendiri. Kalaulah setiap kejadian itu boleh dirakamkan macam dalam tv, pasti kita malu sendiri. Tindakan kita menentukan kematangan seseorang. Kadang-kadang tersilap, susah nak undur kembali. Jadi penyelesaian terbaik kita adalah mencorakkan masa hadapan dengan lebih baik. Cubalah memerhati dengan mata hati bukan emosi. Tapi kalau berdiam diri selamanya bukan suatu penyelesaian juga sebenarnya. Kadang-kadang kita perlukan manusia-manusia sekelailing kita untuk bantu kita dengan berkata-kata. Ya, manfaat berkata-kata banyak. Malah leih banyak daripada berdiam diri. Selain kita dapat mengenali seseorang, kita juga dapat memahami dengan lebih baik. Dua-dua pun ada manfaat tersendiri. Terpulang pada kita, bagaimana untuk menggunakan keduanya pada yang tepat dan sesuai. Sekian=.=