Tuesday, July 27, 2010

jadilah sahabat yang sesungguhnya


in d name of ALLAH, assalamualaikum w.b.t
Sahabat adalah orang yang paling rapat dengan kita pada masa sekarang terutama bagi mereka yang bergelar pelajar. Menafikannya atau tidak, mereka adalah orang terpenting dalam kehidupan seharian kita. Ini masalah saya;p

Boleh tak kalau kamu sahabat berdepan dengan saya? Boleh atau tidak jika anda maukan jawapan sila bertanya terus pada saya? Bolehkan.. Tak perlulah merumitkan sesuatu yang sebenarnya mudah. Selain tidak mengecilkan hati mana-mana pihak, dapat jawapan paling persis dan tepat. Adakah itu akan lebih bagus. Kadang-kadang kamu membuat saya sedih. Ya, sedih dengan realiti yang tak sepatutnya menjadi sebegitu. Bila perkara mudah disukar-sukarkan membuat saya kesempitan ditengah-tengah. Mana kedudukan saya di hati kamu-kamu.

Tapi, saya anggap semua itu sebagai cabaran. Saya sedar diri ini baru sahaja belajar bertatih mengahadapi dunia nyata. Dunia yang penuh dengan kejutan dan perkara yang tidak terduga. Semoga setiap apa yang berlaku mulai detik ini akan membuatkan saya lebih kuat dan tabah. Buka setakat tabah, tapi sabar juga dengan kerenah orang-orang yang macam-macam. Ya, setiap dari kita berbeza. So, terpaksa menerima perbezaan antara kita. Bertatih lambat juga. Harap tidak ada mereka-mereka yang menolak saya jatuh tersungkur.Kalau adapun, saya akan mencari tongkat yang boleh membuat saya berdiri utuh. Tempat pergantungan saya adalah Dia.

Jika kamu memang gemar besosial, apakah kamu betul memahami setiap daripada mereka. tentu tidak bukan? Jadi, apa kata kita buatkan azam baru untuk tidak saling menyakiti hati sahabat-sahabat kita. Kamu adalah saudara saya, dan saya akan sentiasa menjadi sahabat terbaik kamu, InsyaAllah.