
Setiap dari kita berbeza. Hidup penuh harmonis.
Hari ini adalah hari duka saya. Dunia seakan-akan mengejek dan memperkecilkan saya. Mungkin ada saya melakukan kesilapan yang tidak saya sedari, mungkin. Apabila saya sedih, saya akan ingat ummi. Kenapa tidak ayah ye? Mungkin asal kejadian, penat lelah dan banyaknya pengorbanan adalah darinya kowt. Kita lahir, dari perut seorang ibu. Walaupun hakikatnya, kita semua datang dari Tuhan Yang Maha Esa. Tapi, ibu adalah antara orang sangat disanjung dalam agama kita kan. Mungkin dia patut menerima anugerah-anugerah itu. Ummi, semoga kamu mendapat gelaran ibu yang Solehah dan mendapat pahala dari sisinya, amen.
ok, ini motivasi saya: Jangan biarkan orang-orang disekeliling kamu menjatuhkan kamu. Biar mereka dengan dunia mereka kerana kamu tidak mampu. Jika kamu masih pada jalan yang benar, teruskanlah perjuanganmu sampai ke akhir waktu. Tujuan kamu hanya satu. Mencari keredaan darinya. Berusahalah selagi mampu. Selagi nyawa masih menjadi milikmu, teruskan berusaha memperbaiki kelemahan dan kesilapan yang ada. Kerana janji tuhan, kematian suatu kepastian. Jangan sampai akhir waktu itu baru kamu tersedar. Sedarilah dari sekarang, belajar untuk menerima setiap sesuatu seadanya. Berusahalah mencapai yang terbaik kerana ini adalah peluang terakhir kamu. Bukan untuk kedua kali. Senyumlah pada mereka dan semua orang. Biar semua tahu, dunia ini sangat idah dengan senyuman setiap orang. Mereka akan dapat apa yang mereka usahakan.