


in da name of ALLAH,
assalamualaikum w.b.t
selamat malam semua, sudah sekian lama menyepi. Banyak perkara telah berlaku dan yang pasti esok bukan selamanya milik kita. Sekarang sudah pon masuk bulan Syaaban. Banyak manfaat dan pahala yang dapat kita peroleh dalam bulan ini. Bila dah bulan Syaaban, kejap lagi masuk bulan Ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Bulan dimana umat islam selalu nantikan. Begitu pengasih dan penyayangnya Tuhan kan? sentiasa memberi kita peluang untuk kita memperbaiki dan mendapatkan sebanyak-banyak ganjaran yang Dia sediakan. ALHAMDULILLAH. Namun, walauapapun ganjaran yang akan kita peroleh, saya ingin pesan satu perkara. Jangan jadikan itu tujuan utama. Itu hanyalah sebagai galakan oleh Tuhan kepada kita. Yang paling utama adalah kita melakukan ibadat semata-mata kerana Dia. Ikhlas dan Takwa kita padaNya. Selamat Menjalankan Ibadat dengan Ikhlas semua!~
Hari ini adalah cuti umum sempena sambutan kemerdekaan Indonesia. Wah, happy nasional day! Terima Kasih. Dan saya merayap la ke mall. Tak sampai mall pun sebenarnya. Jalan-jalan cari makan. Dapatlah makan empek-empek yang tersedap disini. Orang cakapla. Tapi saya layan je. Rasanya ala-ala keropok. Tapi lebih putih mungkin banyak pakai sagu. Saya sebenarnya berniat untuk berjalan-jalan sahaja. feed up bila hanya menghadap besi dan bangunan yang tidak berperasaan ni. Hehe, maklum sahaja bila tinggal dalam kota, tiada apa yang menarik hati. Lainlah dapat menghayati alam sekitar macam pantai, gunung, bintang dan bulan kat kampung. ok, masuk sindrom homesick. So, abaikan saja:)
Baru-baru ini saya mndapat kasus PBL tentang PUSKESMAS. singkatan untuk Pusat Kesehatan Masyarakat. Kalau ditempat kita mungkin disebut Klinik Desa sahaja. Tapi peranannya mungkin sama. Saya begitu tertarik dengan peranan Puskesmas ni. Selain berkait rapat dengan masyarakat, saya dapat melihat murninya hati orang-orang didalamnya. Tujuan mereka hanya satu, menolong masyarakat. Kita kalau tinggal di kampung-kampung atau tempat lain yang terpencil pasti akan sangat memerlukan peranan organisasi ini. Selain memberi khidmat rawatan kepada masyarakat, Ia juga berfungsi untuk memberi maklumat dan mengajarkan masyarakat untuk berperilaku sihat. Jujurnya, saya suka membantu mereka yang memerlukan. Semoga saya dapat menjadi dokter yang baik dan cemerlang, InsyaALLAH.
Untuk tajuk diatas, sebenarnya saya ingin mengingatkan diri agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling kita. Tahukah anda bahwa kita sentiasa terlepas pandang nikmat yang sedang kita peroleh? Semoga dapat menjadi hamba yang lebih bersyukur. Kadang, peringatan dan amaran ada disekeliling kita. Cuma kerana kita tidak peka, semua itu sia-sia. Dalam setiap tindakan, kita harus sentiasa peka. Be ALERT sara!!!
semoga ketemu lagi, InsyaALLAH.bye!