in da name of ALLAH,
assalamualaikum.
aku, kamu dan dia. Kita adalah ujian bagi satu sama lain. Percaya atau tidak, cuba fikirkan. Kita sentiasa membandingkan diri kita dengan sesama kita bukan? Kemudian kita membicarakan kelebihan/ kekurangan hasil pengamatan kita itu. Kalau yang dibicarakan adalah perkara kebaikan, baguslah. Tapi, kalau sebaliknya bagaimana? Belum bercakap tentang mengumpat lagi. Hehe, ini pasti semua orang melakukan samaada sekadar menjadi pendengar. So, apa tindakan kita? Tahukah kamu, ujian itu samaada dalam bentuk kelemahan/ kekurangan adalah untuk menguji kita. Ertikan makna SYUKUR itu.
Susunlah Tutur Bicaramu
Saya suka mendengar orang bercerita. Apatah lagi, kalau sesuatu itu memberi manfaat dan cara penyampaian yang dilakukan bijak. Cemburunya saya pada mereka-mereka ini. Saya bukanlah seorang yang banyak bicara, tidak juga pandai berkomunikasi dengan baik. Tapi, itu bukan penghalang untuk menjadi seperti mereka. Kita ada cara iaitu dengan berusaha. Ya, Berusahalah! Bagi yang mempunyai kelebihan seperti mereka yang saya katakan tadi, gunakanlah sebaik-baik kelebihan yang ada itu degan penuh hikmah dan bermanfaat ok. Good luck^^