in da name of ALLAH,
Assalamualaikum, banyak darpada kita berjaya dalam hidup masing-masing. Saya kagum melihat mereka-mereka ini. Apa yang saya lihat, saya perhatikan dan perasaan itu terdetik. Mereka sungguh patut menerima apa yang mereka usahakan. apa yang menjadi gambaran terdekat saya, adalah dokter-dokter/ lecturer saya. Sungguh, saya bersyukur dan berterima kasih buat mereka. Mareka memberi contoh yang terbaik.
Orang selalu cakap, ambillah yang baik, buanglah yang buruk. Apa yang saya lihat baik, saya jadikan pedoman. Kini, saya sedar tugas seorang dokter itu bukan mudah. Mereka selain berhadapan dengan pelbagai ragam manusia, mereka juga terdedah pelbagai bahaya. Mulianya tugas kamu-kamu semua. Semoga saya juga akan menyusuli kamu-kamu semua nanti, insyaAllah:)
Pujian sungguh saya benci kamu-kamu yang memuji. Kenapa saya berkata demikian? Jangan cepat menghakimi. Saya berfikir hanya sekadar logis bukan perasaan, so jangan ada yang menyimpannya dalam hati. Pujian itu sungguh memberi bebanan yang berat bukan? Kerana pujian kita boleh jatuh kecundang dek perasaan bangga dan riak. Sungguh musuh utama kita itu, cukup berpengalaman dalam menghasut kita untuk berperasaan riak. Oleh itu, jauhkanlah mereka yang suka memuji. Jika anda merasa anda cepat tewas . Jika tidak/ terpaksa mendapat pujian itu, cukuplah berkata terima kasih dan senyum. Cepat-cepatlah kita mengingat segala yang kita dapat/ peroleh sekarang adalah dari Dia. Dialah pemilik semua pujian itu. Alhamdulillah.
Menantikan ujian parasitologi besok hari. ya Allah, permudahkan urusanku dan rakan-rakanku. Berikan kami kecemerlangan dunia akhirat. Mengejar bintang idaman. hehe