in da name of ALLAH
assalamualaikum,
hari ini saya mempelajari sesuatu berkenaan orang berpengaruh. Sebab mereka ini berpotensi mengajak orang lain untuk berbuat kebaikan, InsyaALLAH. So, apa tunggu lagi, jadilah seperti mereka. Sebenarnya, siapa itu orang berpengaruh? Pemimpinkah? Seniorkah? atau Orang yang paling kuatkah?. Jawapannya, Bukan, bukan bukan. Mereka adalah orang terdekat kita yang sentiasa bersama kita suka dan duka. Saya akui, saya sendiri belum mempunyai kriteria dan kekuatan untuk menjadi orang tersebut. Saya, kalau mempunyai masalah, saya lebih suka menyendiri memikirkan apa yang terbaik perlu dilakukan. Kalau terdesak baru saya akan bertanya kawan-kawan saya. Dari situasi ini, sudah dapat anda lihat, saya jauh sekali untuk menjadi contoh yang baik.
Apa yang dilakukan oleh mereka ini? Mereka sentiasa berkongsi suka / duka bersama kawan-kawan. Sentiasa menghabiskan waktu bersama-sama. Menolong dan memikirkan masalah bersama dan pelbagai kegiatan lain lagi bersama-sama. Bila saya refleks diri kembali, saya akui saya pentingkan diri. Secara peribadi, itu bukan kehendak dan diluar kemampuan saya. Masalah sendiri sahaja saya berperilaku seperti tu. Kalau ada yang memerlukan pertolongan insyaAllah, saya tolong setakat termampu. Hanya pentingkan diri bila bermasalah. takut menggangu dan menyusahkan orang juga. Mungkin buan masa saya untuk dapatkan sahabat-sahabat yang terbaik lagi. Kalau ada, saya akan luahkan segala-galanya kepada mereka. Tapi untuk mencari yang terbaik, takkan mudahkan. Sebelum saya lupa diri, hargailah sahabat-sahabat anda sekarang. Mereka juga tiada pengganti. Baik buruk mereka adalah baik buruk kita. YA ALLAH, Kau rahmatilah ukhuwah kami didunia dan akhirat. jauhi kami dari sifat hasad dengki dan saling mementingkan diri. Jadikan kami antara hamba-hambamu yang soleh/ solehah. amen
Perlu berdepan dengan masa depan,:)