in da name of Allah.
assalamualaikum..
maaf, saya mungkir janji. semalam saya sudah memberitahu kalian bahwa saya tidak akan menulis pada hari ini. tapi, lihatlah sekarang saya tetap menulis juga. seribu kali maaf. saya mungkir janji.
saya perlukan tempat untuk luahkan apa yang terbuku dihati. saya juga perlukan tempat untuk muhasabah kembali diri yang lemah ini. saya perlu mencari kembali kemana hilangnya semangat saya selama ini. dan jawapan yang saya peroleh adalah disini. ya, dengan menulis.
bila hati terasa kosong
anda pernah merasakan perasaan begini? pasti semua orang pernah merasainya. saya percaya itu. jadi, apa yang anda lakukan? hari ini saya merasa kosong. bila hati kosong, perasaan sedih melanda. tidak ada gelak tawa dan senyuman manis. apabila saya fikirkan kembali tentang ini 'manusia tidak pernah berhenti daripada diuji'. saya jadi insaf. kenapa? kerana saya jadi teringat kepada firman Allah 'tidak beriman seseorang itu apabila dia tidak diuji' jadi, kita akan sentiasa diuji. apakah bentuk ujian itu? bentuk-bentuk ujian ada pelbagai, antaranya dengan kegembiraan, kesedihan, dan sebagainya.
apa yang patut saya lakukan?
tidak semua orang dapat menghadapi kesedihan dengan baik. kadangkala mereka akan berputus asa. sesungguhnya rahmat Allah itu sangat luas. siapa kita untuk berputus asa padaNya. apabila kamu meminta sesuatu pada seseorang yang kamu kenali, adakah dia akan memberi kepada kamu perkara itu?mungkin ya, untuk pertama kali. kalau berkali-kali kamu meminta kepadanya? saya rasa kamu akan diabaikan. itulah manusia. sifat pemurah manusia ada batasnya tapi Allah tidak. dia sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya. oleh itu, marilah sama-sama kita berdoa dan terus bergantung harap kepadaNya. usaha dan kuatkanlah semangat!
Allah maha penyayang
saya suka bergantung harap pada Allah. namun, perlu juga usaha. saya tak suka bergantung harap pada manusia. antara mereka ramai yang hipokrit. ya, manusia tidak pernah lepas dari melakukan kesalahan. so, jadikan kelemahan-kelemahan yang ada sebagai suatu ujian. tiada yang sempurna. jangan pernah berharap, dan menyanjung mereka. mereka tidak sempurna. maafkanlah diri ini sekiranya pernah bersangka buruk pada mereka. saya juga tidak sempurna. marilah sama-sama kita memperbaiki kelemahan-kelemahan kita untuk menjadi hamba Allah yang terbaik.
jangan pernah menyerah, Allah bersama-sama kita
mulai sekarang, ayuh bangkitlah. kita masih mempunyai tanggungjawab yang perlu diselesaikan dengan baik. jangan pernah menyerah, kerana Allah ada bersama kita. biarlah keperitan dan kepahitan yang terpaksa ditelan, asalkan tujuan utama kita tetap teguh. biar setinggi gunung sekalipun kita terpaksa mendaki, tapi ingat jangan berhenti sampai tujuan kita tercapai. Redha Allah itu yang kita cari.
memburu impian indah~