Monday, March 29, 2010

rindu

in da name of Allah..

assalamualikum...
hari ini sengaja nak post dua kerana esok mungkin agak sibuk untuk menyiapkan PBL dan juga persiapan peresentation. malam ini bukan tak ada kerja tapi sengaja mencari celah-celah ruang untuk bernapas disini. hehe.malam ini tajuknya agak jiwang sedikit. mungkinlah. tapi sebenarnya dalam maksudnya tu.huhu


sahabat

hari ini memang tak boleh lari dari cerita pasal sahabat kan?perasan x.?hehe.memang sahabat memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup saya. dengan kehadiran mereka saya mengenal erti hidup. walaupun, bukan 100% saya bergantung kepada mereka, tapi diri saya pada hari ini adalah daripada cermin-cermin mereka. sejak berjauhan dengan keluarga semenjak tingkatan satu, orang yang paling saya sayang setelah keluarga saya adalah sahabat. mereka adalah oarang-orang yang rapat dengan saya. yang selalu ada untuk saya meniti hari-hari bersama suka dan duka. saya rindukan mereka. namun begitu saya tidak pernah kisah sendainya mereka masih mengingati saya atau tidak. yang penting mereka pernah hadir dalam hidup saya. pada masa dulu, apabila saya sunyi saya mencari mereka dan pernah merasa sedih sebab mereka bukan mereka yang dulu. saya terima hakikat yang manusia boleh berubah. jadi jangan expect apa-apa kepada mereka tentang kamu. sekarang, saya terima mereka dengan ikhlas. saya doakan mereka akan berada dalam redha dan petunjuk Allah kerana saya sayang mereka sepertimana saya sayangkan diri saya sendiri. banyak sebenarnya kalau nak dihitung-hitung apabila hendak bercerita tentang sahabat. apabila saya fikirkan kembali, benarlah sungguh indah aturan tuhan. kenapa saya kata demikian? kerana sepanjang saya bersekolah/ melanjutkan pelajaran saya dikelilingi oleh sahabat-sahbat yang baik dan menyanyangi antara satu sama lain. selain itu, kami selalu akan berada dalam kelompok-kelompok tertentu. contoh: masa sekolah rendah: kami berlima, form 1-3: bertiga / ramai lagi.hehe lupa banyak sangat saya masuk kel orang lain, form 4-5: berempat/bdak 2nd intake, matriks: berempat dan berlima, sekarang:bertujuh. alhamdulillah, semoga ukhuwwah kita akan terus terjalin dibawah keredhaanNya.


keluarga

kalau anda perasan, kenapa saya meletakkan keluarga pada nombor dua? bukan niat/ kehendak saya untuk melupakan mereka. mereka adalah tunggak kehidupan saya hari ini. pernah dengar tak bahwa segala permulaan kelakuan kita pada hari ini adalah asuhan dan didikan awal dari kedua ibubapa kita. mereka mencorakkan kita. kemudian barulah sahabat, guru-guru dan orang lain. titik permulaan kita berasl dari rumah. ada macam-macam julukan orang letak terhadap institusi kekeluargaan ini. contoh:rumahku syurgaku. alhamdulillah saya dibesarkan oleh ibu yang baik, tabah dan cekal. banyak memberi inspirasi kepada saya tu.hehe, abah:walaupun tak lama meluangkan masa bersama, tapi saya tahu dia juga seorang abah yang baik dan penyayang. adik: banyak saya belajar daripadanya secara tidak langsung, kerana dia ini banyak memberi pelajarn kat saya.hehe tanya dia=p, saudara mara:ya, mereka juga turut menyumbang untuk saya kenal dunia pada hari ini. pandang lah dunia dengan jendela akhirat. maaf tiba-tiba perkataan ini muncuk dari fikiran saya. sebenarnya perkataan itu menyeru kita supaya tidak memandang tinggi/ mengagungkan dunia sahaja. no point


sekolah lama

bila teringatkan sekolah lama, secara automatik saya akan mengingati guru-guru saya. mereka banyak mencorakkan saya. saya juga rindukan mereka.huu.agaknya mereka ingat saya tak?hehe.guru mengajar beribu-ribu murid, mestilah tak semua dia ingat kan. saya tak terkilanlah. tak mengapa.mereka banyak berkorban kepada kita semua. hormatilah mereka seadanya kerana mereka juga insan biasa seperti kita. saya sayang guru-guru saya. haih, entah bila lagi saya akan menjejakkan kaki ke sana? at least jumpa dua atau 3 orang dari mereka. hehe, insyaallah kalau diberi kesempatan dan ruang.


penutup: rindu terubat

alhamdulillah. dengan mengingati mereka satu persatu, rindu saya terubat. teringat segala kenangan manis bersama. kenangan pahit juga sangat bernilai.hehe, siapa saya tanpa mereka.saya doakan mereka sentiasa sihat dan bahagia. biar dimana mereka berada doa saya akn menembus ruang-ruang masa dan kekangan yang ada.inshallah.

siapa saya tanpa mereka=)