Thursday, April 1, 2010

home


gambar langit diperkarangan rumah..makes me more happy


semalam gembira kerana semua kerja selesai. so lepas sedikit tanggungjawab. haha dan semalam juga saya merasa gembira dengan keindahan alam disekeliling saya. langit sangat cantik. tiba-tiba suka tengok langit. hehe, mungkin sebab langit ilahi kowt. tak jugak, sebab saya dari dulu memang suka pandang langit. sangat memberi ketenangan. kalau malam, suka tegok bintang-bintang yang bertaburan kat angkasa. tak tahu la mengapa, kalau disini susah betul nak tengok bintang.huu, kenapa ya? thats y bila time balik rumah, saya akan ambil peluang duk kat beranda rumah, dan pandang ke atas. lagi la kat kampung. sangat mendamaikan. huhu rindunya dengan bintang-bintang itu. pantai pun best jugak. suka dengar deruan ombak. lagi la kalau pergi awal2 pagi. mungkin keadaan sekeliling saya memang penuh dengan keindahan yang Allah tunjukkan. cuma kadang-kadang lupa nak menghargainya. subhanallah.

bila dapat balik lagi?
perancangan akan balik bulan ogos ini. tapi belum pasti juga. kita hanya boleh merancang, dan yang menentukan segala-galanya adalah Tuhan. ya, DIA sebaik-baik perancang. bila balik, mesti dapat ciuman rindu dari Ummi. hehe, malu bila dah besar kena cium lagi.haha. tapi tak mengapalah nak melepaskan rindu la tu.agaknya tahun ini macamana ya?maklum saja rasa sangat sudah dewasa walaupun diri ini masih memaksa untuk terus menjadi kanak-kanak. teringat kata-kata ummi 'dulu kalau awak masa kecil, betapa susahnya nak pergi sekolah. siap cakap lagi tak nak jadik besar. jadi kanak-kanak aje' haha, urm pernah ke saya declare macam tu. mungkin kowt. masa kecil2 memang pandai cari alasan kan.hehe, walaubagaimanapun, saya harus mendewasakan diri juga. takkan usia bertambah tapi perangai budak-budak. kan tak balance tu. berkenaan dengan balik umah, kemungkinan ini adalah merupakan kepulangan saya yang terakhir. kenapa? sebab saya akan masuk clinical tahun depan. insyaallah, semoga dipermudahkan. dengan masuknya era clinical tersebut, mungkin cutinya agak terbatas. jadi saya berharap untuk pulang pada ogos ini. mungki hari raya terakhir untuk next 2 years.

menjadi lebih baik
semua orang pasti mahu jadi lebih baik dari semalam kan? termasuk juga saya. tapi setiap perubahan itu kadang-kadang perlukan pengorbanan. maka, hasilnya bergantung sejauh mana kita berkorban. saya nak menjadi anak yang baik untuk kedua ibubapa saya. jadi saya perlu berkorban sedikit demi mereka. belum tahu lagi perancangan apa bila balik nanti. tapi, insyaallah, saya akan gunakan masa yang ada dengan sebaik mungkin. sering juga saya mendengar khabar kematian saudara terdekat. secara tidak langsung memberi saya keinsafan yang hidup ini hanya sementara. tidak kira usia, kita pasti menemui mati. jadi, gunakan masa sebaiknya untuk berbakti terutama orang tersayang yaitu ibubapa kita. merekalah yang telah membesarkan dan mendidik kita sehingga hari ini. walaupun sekarang mereka tidak bersama kita namun, doa mereka sentiasa dipanjatkan untuk kebahagian anak-anak mereka.

-->menjadi anak yang terbaik=)
memikirkan perancangan terbaru