Sunday, March 28, 2010

WAJAH BARU

mencuri-curi masa untuk menulis.huu.sebenarnya ada banyak kerja kena selesaikan petang ini. tapi, asyik teringat saja untuk menulis disini. hurm, ingin mencari kesempatan dan ruang sebaik-baiknya.

petag ini dapat sedikit ilham untuk mengupgrade blog ini. semoga sentiasa maju.hehe.hari ini nak berkongsi sedikit kenap saya suka menulis blog.


motivasi diri

ya, dengan menulis di blog saya dan membaca blog daripada blogger-blogger lain memberi saya motivasi. anda percaya? pertama, saya dapat melihat bagaimana orang lain berfikir.kedua, variasi perbezaan/persamaan saya dengan mereka. dari sini saya dapat melihat keunikan saya dan mereka. kita berda dibawah sinaran matahari dan bumi yang sama ok. macam orang cakap, kita belajar dari pengalaman orang lain. tapi masing-masing mempunyai identiti sendiri. itu membuatkan saya excited untuk explore=)


learn new thing

banyak blog yang saya temui suka berkongsi ilmu. itu sangat penting bagi saya. dengan ilmu saya boleh jadi addicted. kenapa? coz tak semua orang belajar perkara yang sama rite! so dari mereka dan kamu mungkin saya akan belajar perkara baru. saya suka bertanya mereka. kadangkala saya akan menulis sesuatu yang berilmu untuk kamu pula. tapi, janga lupa memberikan teguran sekiranya salah. masih banyak perkara yang belum saya tahu.huu


kenali ramai orang

kamu semua mesti setuju dengan pernyataan ini kan. setiap orang pasti berbeza. alangkah beruntungnya mereka yang pandai mengekspresikan kegembiraan dan kesedihan mereka melalui penulisan. melalui penulisan yang bagus, ramai orang akan tersentuh dan menarik minat untuk membaca sekaligus memberikan inspirasi dan pengajaran kepada orang lain. sesungguhnya Tuhan memberi kita kehidupan yang terbaik. dan sebaik-baik penulisan itu adalah mereka yang banyak memberi kepada pembacanya. ERTI HIDUP PADA MEMBERI~ustaz hasrizal


penutup:semoga dapat terus menulis...aminnn

senang rasanya dapat membagi dan memberi apa yang kita tahu. senang juga dapat berkongsi rasa. tapi yang terbaik semuanya datang dari ALLAH. semoga kita saling melengkapi untuk mencari kbahagiaan dunia dan akhirat. mencari tahapan yang tertinggi yaitu MARDHATILLAH...sesiapa yang baru mulai menulis, teruskanlah dan perbaiki dari hari ke hari. insyaALLAH, kita sama-sama berusaha.

smiling face.hihihi