Sunday, March 28, 2010

mulakan pekerjaan dengan niat

in da name of ALLAH

assalamualaikum..
malam ini dapat idea baru. tapi sebenarnya pernah post about dis before. tapi tidak mengapa...pengulangan membuatkan peringatan yang terbaik. betul tak?


NIAT..
apa yang anda faham tentang niat? kalau tanya pendapat peribadi saya, niat adalah merupakan satu pekara penting dalam memulakan sesuatu pekerjaan. saya pernah membaca beberapa kali tentang 'pentingnya memulakan pekerjaan dengan niat' malah ada satu kisah pada zaman dahulu tentang kepentingan niat ini. huu~hampir melupakan kisah tersebut. walaubagaimanapun saya cuba. asalkan intinya sampai kepada anda.

pada zaman dahulu, ada seorang pemuda yang taat beribadat kepada ALLAH. orang sekelilingnya sangat mengagumi si pemuda ini diatas sifat zuhud yang ada padanya. pada suatu hari, ketika berjalan dan melalui sebuah kampung beliau terpegun dengan kecantikan dan kejelitaan seorang wanita dan ingin menjadikannya sebagai pendamping hidupnya. wanita yang rupawan ini bukan calang-calang juga orangnya. dia seorang yang kuat beribadat kepada ALLAH.

tidak lama kemudian, datanglah pinangan si pemuda kepada wanita tersebut. namun begitu wanita tersebut meletakkan syarat. maaf lupa syarat apa..si pemuda ini pun pulang dengan hampa, namun dia tetap bertekad untuk mendapatkan wanita tersebut dengan memenuhi segala syarat yang diberikan. sekarang kita dapat melihat niatnya telah berubah. kalau sebelumnya, dia mahu menjadikan wanita tersebut sebagai isteri selaras dengan sunnah rasulullah. tapi sekarang beliau lebih berminat mendapatkan wanita tersebut kerana rupawan yang terdapat padanya.

kesimpulan dari kisah ini, kita akan mendapatkan apa yang kita niatkan. oleh kerana itu berhati-hati dalam meletakkan niat dalam sesebuah perkara. semoga kita sentiasa menjaga niat sebaik mungkin.

maaf, kurang pandai bercerita.
doakan saya dapat menulis dan bercerita dengan lebih baik.