in da name of Allah
apa erti sahabat bagi anda?
ya, sahabat adalah orang yang sentiasa memberi dikala kita susah atau senang. kita mengena sahabat sejak kecil lagi. waktu kita mula-mula dihantar ke sekolah. atau mungkin ada juga orang yang menganggap saudara mara mereka adalah sahabat merek. begitu luas skop tentang sahabat ini. pernahkah anda terfikir apakah anda menjadi sahabat yang baik? saya suka untuk bertanyakan terlebih dahulu sahabat dari perseptif diri. kenapa? kalau bukan kita yang mengenal erti sebenar sahabat itu sendiri masakan dapat menterjemahkan ke dalam kehidupan kita. ramai orang mempunyai sahabat. tapi sejauh mana mereka menghargai sahabat-sahabat mereka?
persoalan terakhir tersebut merupakan tajuk pencetus untuk saya menulis berkaitan sahabat. hari ini saya melakukan kesilapan itu.huhu. ikuti peristwa ini
'hari ini seperti biasa saya ke kuliah awal pagi bersama rakan-rakan yang lain. tapi pagi ini tidak seperti pagi-pagi biasa. kerana pagi ini saya ditemani dua rakan lelaki yang lain menaiki kenderaan awam yang sama. saya sudah acap kali ingin bertanya kepada si A, salah seorang rakan lelaki saya, tapi tidak kesampaian oleh kerana kekangan masa dan pergaulan. dengan kesempatan yang ada, saya bertanya si A apakah mengenali rakan saya, si B. ya, dia menjawab pertanyaan saya dengan selamba santai. tapi setelah itu, pertanyaan kedua saya menunjukkan riak kurang menyenangkan bagi saya.huhu. saya bertanya dlu dia belajar kat mana? ya ALLAH , mungkin silap disitu. saa mengenali dia sudah hampir 3 tahun. walaupun tidaklah rapat, tapi atas dasara seseorang kawan saya tidak seharusnya memandang remeh tentang perkara ini. mungkin hak-hak sahabat itu saya tidak penuhi. zalimnya saya.'
tiba-tiba saya teringat dahulu, waktu mula-mula kami sampai medan perjuangan ini, dia selalu bertanyakan tentang sekolah lama kami(saya dan rakan saya). kebetulan ramai dari sekolah kami yang berjaya melanjutkan pelajaran ke sini. tapi, alangkah hampa apabila saya tidak pernah bertanyakan soalan demikian terhadapnya. semoga dia memaafkan kesalahan saya. saya perlu belajar lagi untuk menjadi sahabat yang baik. tidak lupa juga untuk menghargai mereka yang bergelar sahabat.
bagaimana dengan anda?pernah tak anda mengalami situasi seperti saya. walaupun saya akui, saya memang sangat sukar untuk bersahabat terutamaya dengan lelaki. saya lupa untuk menjadi sahabat yang baik untuk mereka. kadang-kadang, saya membezakan kaum adam dengan kaum hawa. pernahkah islam membezakan mereka dalam bersahabat?ini saya kurang pasti. tapi sepanjang pengetahuan yang ada, islam sangat mementingkan persaudaraan. selagi kita menjaga batas-batas pergaulan insyaALLAH persahabatn kita akan diredhai olehNya.
penutup: sahabat adalah cermin diri kita. disamping kita menjaga hak-hak sahabat kita, jangan pernah lupa untuk pandai memilih sahabat. pernah dengar peribahasa ini'bila kita bersahabat dengan pembuat besi, pasti terkena juga percikan apinya. bila kita bersahabat dengan penjual minyak wangi pula, pasti harumnya kita bawa-bawa'
sentiasa mencari yang terbaik!
bersama koreksi diri