
in da name of Allah
assalamualaikum..
hari ini saya sepi. tak tahu kenapa? dalam kesepian ini, saya mula memerhati orang-orang disekelilig saya. ya, mereka gembira kerana mereka sedang memberi dan diberi. sengaja saya diam tidak bersuara. melihat reaksi-reaksi mereka yang ada. sesungguhnya manusia banyak kelemahannya. sekiranya kita tidak memberi jangan pernah anggap mereka akan memberi kepada kita. inilah barangkali yang selalu diuar-uarkan, tangan yang diatas lebih baik dari tangan yang dibawah. berilah sebanyak-banyaknya, namun jangan pernah terfikir untuk menerima. kalau tidak, kamu akan mendapat jawapan hampa. tapi, dalam usaha kita untuk memberi kepada mereka, kadangkala kita tersungkur tidak bermaya. disinilah kita memerlukan mereka yang mahu memberi. tapi, jawapan tetap sama hampa. kini, barulah saya mengerti bahwa Allah jualah yang maha pemberi. Dia sentiasa bersama kita walau apa jua keadaan. pengajaran penting:jangan pernah berharap pada manusia.
apa yang perlu kita lakukan?
sebenarnya semua keputusan atas diri kita sendiri. jadi, bergeraklah jangan terus berdiam diri. ini penyelesaian terbaik. jika kamu mahu sesuatu, kamu cari dan cuba dapatkan. jangan hanya mengharap tanpa usaha itu pesan saya. walaupun usaha itu pahit, banyak pancarobanya tapi itulah sebaik-baik jalan yang ada. jangan pernah menyerah. nasihat yang sama untuk saya. mulakan denan lafaz basmalah dan diakhiri dengan alhamdulillah. teringat zaman kanak-kanak. pesan guru tadika.hehe, now i will practice=) bangkitlah wahai diri, jangan malas untuk mencari dan berusaha. tiada kejayaan tanpa usaha yang gigih. Jika Dia maha pemberi, apakah kita sanggup bertentangan dengan sifat tersebut. jadilah kita rajin memberi juga. semoga mendapat keredhaan-Nya