Friday, April 23, 2010

cabaran dalam tanggungjawab

in da name of Allah
assalamualaikum

hari ini agak sedikit mencabar sepanjang aku memegang amanah yang diberi. hari ini dimana kita diuji antara tanggungjawab dan amanah. mana satu yang akan dipilih. bukan senang, bukan mudah. ya, bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh. namun, alhamdulillah segala-galanya berakhir juga. tapi dalam cabaran itu ada pengajaran dan ingatan yang perlu kita selidiki. berkenaan diri kita. disinilah kita diuji apakah ibadat yang kita lakukan benar-benar membimbing kita ke jalan yang baik atau selama ini kita hanya berpura-pura. berpura-pura dalam erti kata tidak bersungguh-sungguh melakukannya. saya tidaklah pandai berkata-kata apatah lagi untuk bercakap bermadah-madah. bukan itu bakat yang saya ada. tapi, disini saya ingin mengingati diri saya yang saya tidak sempurna dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari dan direnungkan kembali.

fokus dalam setiap urusan yang kita lakukan adalah sangat penting. disini, kita akan ketahui bahwa setiap urusan perlukan konsentrasi. fokus dalam urusan menunjukkan kita mempunyai matlamat yang jelas. dengan matlamat tersebut kita akan lebih bersedia, berani dan tabah dalam setiap langkah yang diambil. apakah ia perit atau pahit untuk ditelan, kita akan teruskan usaha, usaha dan usaha. tapi kadang-kadang kita tak akan terlepas daripada terganggu oleh urusan yang lain. jadi, saya nasihatkan kat diri ini, jangan biarkan itu terjadi. itu akan merugikan dan sangat merugikan. sara, sila semak kembali matlamat setiap urusan. jangan biarkan mereka merusakkan anda. semoga aku menjadi lebih tabah.p/s:kenapa tetiba malam ni mengantuk awal?huu