
in da name of ALLAH
huhu, tetiba iseng nak letak pic sendiri. haha=)
assalamualaikum semua
sejak akhir-akhir ini saya sentiasa update tentang berita-berita dari kampung. semuanya tapi mostly berkenaan adik yang telah mendapat tawaran ke matrikulasi. Alhamdulillah, semuanya adalah rezeki dari Tuhan kepadanya. bila dilihat kembali keputusan yang didapat baru-baru ini memang sukar nak menjangkakan apa peluang yang dia ada. tapi, Allah Maha Pemurah. Rezeki datang mencurah-curah. Dia juga dapat menempatkan diri untuk temuduga SPA sebagai pembantu jururawat pergigian & pembantu teknologi makmal perubatan. serba sedikit saya juga kena tempias untuk menghadapi temuduga tersebut.haha, hanya mencari berkenaan prospek kerjaya tersebut. sekarang baru saya tahu.hehe, terbuka sedikit minda.
stress
adakah layak untuk saya stress? hurm, seperti yang kita semua sedia maklum, kita setiap masa sentiasa diuji. dalam bentuk apakah ujian itu? macam-macam bentuk. jadi, saya boleh katakan sress adalah sahabat rapat dengan ujian. kalau ada ujian pasti ada stress. betul tak? tapi semuanya bergantung pada diri masing-masing bagaimana cara mengatasi stress tersebut. kadang-kadang, kita tidak merasa stress pun pada sesuatu ujian sebab kita sudah bersedia dengan ujian tersebut serta kita tahu cara nak menghadapinya. jadi, konklusi terhadap stress ini adalah cara kita menghadapinya. ya, pada keadaan tertentu/ acap kali kita diuji dengan ujian yang tidak pernah kita jumpa. ini adalah titik terlemah kita. cara untuk menghadapinya jauh sekali kita dapat fikirkan melainkan kita kembali kepada pencipta kita. Dialah segala-galanya. Dialah penguji dan kepada Dia kita kembali. walauapapunbentuk ujian, kalau boleh hindari stress yang berat. sikit-sikit bolehlah sebagai pemangkin untuk terus maju.
jangan kamu sombong dengan pengetahuan yang kamu ada
kita dikelilingi oleh masyarakat yang pelbagai ragam dan tingkat pendidikan. kadang-kadang, kita rasa diri hebat bila membandingkan kita dengan mereka. jangan..jangan kamu pertahankan sikap itu. tidak ada keuntungan sedikit pun. jika kita merasa lebih dari orang lain, sebaiknya kita lebih rajin untuk memberi. walaupun sedikit sumbangan yang kita dapat berikan, memberilah. tangan diatas itu lebih baik dari tangan yang dibawah. saya tidak merasa kata-kata ini hanya untuk menggalakkan kita untuk menderma. cara memberi itu banyak. jadi, berilah selagi kita mampu.
Hari ini saya ingin berubah. berubah menjadi lebih baik insyaallah. semoga Allah memberkati setiap langkah saya. Bergerak untuk maju setapak. walaupun lambat, tapi usaha akan saya pertingkatkan. Doa saya semoga kita semua terus maju untuk menggapai kecemerlangan dunia akhirat. aminn;)