Thursday, April 8, 2010

belajar dari kesilapan


gambar ini sebagai perhiasan semata-mata. memang tiada kaitan dengan tajuk.hehe
in da name of Allah..

assalamualaikum semua,
hari ini saya rasa perlu kotakan janji-janji saya. bukan janji pun sebenarnya, tapi aim yang saya buat. berkenaan exam tip 1: menghafal dan mengingat. ini adalah kerana besok, saya akan menghadapi ujian trial/ pretest. daripada perbualan dan perbincangan dengan teman-teman kelompok tadi, saya rasa agak takut sebenarnya. pengalaman senior-senior berkenaan matapelajaran dalam blok ini semuanya killer. walaupun, blok ini tidaklah sepadat blok-blok sebelumnya, tapi bahan kuliah sangat banyak. kami perlu menghakhatamkan dua buah buku. itulah antara pesanan senior-senior melalui pengalaman mereka. ada rasa takut dan bimbang menyelinap halus, tapi belum terasa lagi. maklum sahaja masih belum betul-betul berdepan dengan peperiksaan.huhu

subjek mata adalah matapelajaran yang killer kami. nak atau tidak kami mesti lulus dalam ujian nanti. kalau tidak, susah untuk kami skor. pengalaman pelajar rajin dan genius pula, dia telah habiskan membaca buku hijau itu berkali-kali. ada pula yang kata kena menjawab soalan 500 soalan baru boleh lulus. hurm, saya? masih sempatkah saya untuk berusaha saat-saat akhir ini? walaupun masanya amat terhad dalam sistem KBK ini berbanding senior-senior terdahulu (mereka belajar satu semester, KBK 4 mg, haih).kebenaran yang tidak boleh disangkal. malah, ddokter yang mengajar kami sendiri kadang-kadang pening dan bimbang dengan kami. takut kami salah merawat patient nanti katanya.urm, tak nak cerita panjang lebar mengenainya. saya dah lama terima hakikat. tapi kesedaran je yang lambat sedikit untuk menyusul.huu~

apa-apa pun yang akan berlaku nanti saya yang akan mencoraknya. adakah saya berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapinya? insyaallah saya akan usahakan. dan saya takkan pernah lupa Allah sentiasa bersama hamba-hambanya yang bersabar. perjuangan ini perlukan banyak kesabaran.huhu, doakan kami semua=)