in da name of Allah.
assalamualaikum,
sebenarnya daripada semalam lagi saya asyik terfikir tentang soal ini. selalu melintas dalam fikiran saya. tapi, antara dua pilihan tersebut pasti semua orang tahu mana yang terbaik. mesti kamu juga akan memilih apa yang saya pilih kan? yaitu kualiti. kualiti dan kuantiti apa yang sedang saya bicarakan? berkenaan masa. ya, masa yang sedang kamu lalui sekarang. semua orang tak boleh terlepas dari kejaran masa. dia terlalu cepat dan seringkali selalu bersaing dengan kita. huu, kadang-kadang kita tewas.
adakah kita akan tewas selamanya? tidak. kita ada cara untuk menewaskannya kembali. tapi perlukan strategi yang teratur dan disiplin. jadi, pokoknya bukan mudahlah nak tewaskan masa ni. jangan pernah kata mudah kerana kita seringkali alpa dan leka dengannya. saya mula terfikir tentang ini semalam sebab saya perlu menghadapi pretest pada hari ini. tapi, alhamdulillah, pretest dibatalkan.haha, gembira semcam aje kan?huu, namun begitu banyak manfaat dan pengajaran yang saya peroleh daripada situasi tersebut. saya mulai memikirkan yang saya tidak pandai membahagikan masa dan yang lebih teruk lagi saya tak pandai menjaga kualiti masa sebaliknya saya menggunakan kuantiti masa sebanyak-banyaknya. akhirnya, saya yang rugi. saya tewas semalam. ini perlu saya highlight kan.ya, saya tewas.
mulai sekarang, saya perlu menggunakan sebaik mungkin masa yang saya ada. dengan menjaga kualiti masa tersebut. saya sedar kuantiti masa juga penting, tapi dalam keadaan saya yang terdesak ini (maklum tengah berdepan dengan suasana exam, beberapa hari lagi dah) saya perlukan kualiti berbanding kuantiti. semoga Allah permudahkan urusan saya. doakan saya ya. saya doakan kalian juga akan menggunakan masa-masa kalian dengan baik. semoga kita sama-sama pertingkatkan diri ke arah kebaikan. semoga hari ini lebih baik dari semalam...