in da name of ALLAH..
assalamualikum,
setiap manusia akan sentiasa berdepan dengan ujian. macam-macam jenis ujian. Kalau nak diklasifikasikan memang tidak akan pernah habis. Namun, setiap ujian itu pasti mendatangkan manfaat dan kesan yang baik kepada kita. Percaya atau tidak, ada hikmah yang berharga disebalik ujian tersebut. Suatu pengajaran Allah bagi kepada kita. Sebagai mahasiswa, kita pasti akan berdepan dengan ujian-ujian dan perperiksaan yang tidak akan kunjung habisnya. memang itulah satu-satunya cara bagaimana nak menguji tahap kefahaman kita dalam bidang yang kita ceburi. persoalan yang jelas kita akan tanyakan kenapa? Kebanyakan kita banyak yang mengeluh apabila terpaksa berdepan dengan ujian ini. ya, kita banyak mengeluh kan?
real test
pernahkah kita terfikir, sebenarnya ujian sebenar kita bukan diatas kertas semata-mata. malah, ia adalah sebuah realiti yang tidak pernah kita sedari. kalau sedar pun, apabila ujian tersebut benar-benar memberikan impak terbesar dalam hidup contohnya kematian orang tersayang, gagal dalam peperiksaan dan tidak mendapat seperti yang diinginkan. tidak, ini semua kefahaman yang salah. kita setiap masa diuji. namun begitu Allah selalu sayangkan kita. kalau kita lakukan dosa dan kemungkaran, Dia memberi kita peluang untuk kembali ke jalan-Nya. beringatlah, ujian terbesar kita bukan semata-mata diatas kertas tapi di alam realiti ini.
pseudo test..
hari ini saya baru sahaja selesai ujian pertama untuk blok ini. ujian farmakologi, bagi saya sangat sukar untuk skor.huu, kerana matapelajaran ini selalu memaksa pelajar untuk menghafal. dan itu satu-satunya perkara dan titik terlemah saya. ya, menghafal. tapi tahukah anda bahwa menghafal adalah merupakan salah satu cabang mepelajari ilmu? saya akui mengahafal itu penting. dengan menghafal, kita dapat mengingat banyak perkara. hmm, boleh ke kalau saya mengingat tanpa menghafal?hehe, macam pelik je bunyinye. susah kan? jadi, conclusionnya saya perlu menghafal. saya percaya sesiapa yang berusaha, dia akan memperoleh hasil yang setimpal atas apa yang diusahakan. maka, usaha untuk mendapat hasil yang baik.
tips exam 1: hafal dan ingat