Saturday, April 3, 2010

bijak atas anugerah atau usaha?

alhamdulillah, puji syukur kepada Allah. malam ini saya mempunyai banyak idea untuk menulis. semoga dapat manfaat bersama. anda pernah ditanya apa sebab anda bijak? saya tidaklah mengatakan ada orang bertanya saya soalan seperti itu. tapi saya tidak menyangkal kalau anda seorang yang bijaksana pernah dilontar soalan sebegitu. mungkin dengan intonasi atau ayat berbeza tapi dengan tujuan yang sama. orang berbeza pasti cara penyampaian juga berbeza. itulah uniknya manusia kan. hehe

pilihan saya
saya pernah ditanya soalan begini kepada saya atau saya sendiri yang bertanya soalan ini kepada teman saya ye?lupa sudah. kejadian yang berlaku mungkin 6/7 tahun yang lalu.huu,'sarah, kalau kamu diberi pilihan, mana yang kamu pilih. bijak atas anugerah Tuhan alias genius atau bijak kerana usaha kamu?' saya dengan penuh yakin menjawab' saya lebih inginkan kebijaksanaan itu saya peroleh dengan usaha saya.' ada maksud tersirat yang perlu saya cermati disitu. huu, kerana dari situlah permulaan segala-galanya saya pada hari ini. saya perlu berusaha sekuat tenaga saya bagi memperoleh sebuah kejayaan. sampai hari ini, alhamdulillah saya tidak pernah menyesal. sebab itu pilihan saya. saya mula mengenal erti hidup yang sebenar. Allah tunjukkan kepada saya keindahan tawakkal kepadanya.

putus asa?
saya suka dengan ayat ini. putus asa, bukan bererti saya ingin jadikan ia sebagai slogan hidup saya. saya harap jauh darinya. saya sukakannya sebab ia telah memberi pelajaran terbaik untuk saya. cuba sahaja kamu bertanya kepada orang-orang bijak pandai, siapa yang tidak pernah putus asa. pasti ada sejarah hitam mereka dalam kamus kejayaan sekarang. tapi, apa yang terpenting bagaimana cara kita berhadapan dengan sikap putus asa alias kegagalan. maaf, saya suka mengaitkan dua benda dalam satu perkara. kerana saya merasakan putus asa itu sahabat baik dengan kegagalan. oleh itu, awas dan berhati-hatilah bagi mereka yang inginkan kejayaan. mereka tidak akan pernah bebas dari diburu sebuah kegagalan. tidak mengapa seandainya jatuh beberapa kali, asalkan kita sedar dan memanfaatkanya untuk melangkah lebih gagah dan berani.

kesimpulan
bijak atas anugerah bukan milik semua orang. oleh yang demikian, kita perlu mengorak langkah untuk menjadi orang berilmu. bagi mereka yang genius pula, jangan terlalu senang dengan anugerah tersebut. masih banyak cabaran yang mereka akan tempuh dengan anugerah tersebut. ingatlah, Allah akan sentiasa menguji iman kita. bijak atas anugerah atau usaha bukan lagi suatu persoalan yang perlu dibahas, tapi marilah kita bergerak dan melangkah untuk menjadi orang bijak dalam segala hal dunia dan akhirat. kedua-dua ilmu tersebut penting. ilmu Allah sungguh sangat luas. seperti firmannya dalam al-quran tentang lautan dan tinta untuk menulis kalimah tuhannya(seribu kali maaf, belum mengingati dan mempelajarinya secara saksama.)huu~insyaAllah berusaha ke arah itu..